Showing posts with label Aneka Kuih. Show all posts
Showing posts with label Aneka Kuih. Show all posts

January 9, 2009

Tepung Boko Ubi Kayu


Ada ubi kayu, Bal berkira-kira nak buat Talam ubi, atau yg di atas. Memandangkan Bal teruja lihat disini http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1732486
Kehijauan dan Sosnya, Bal pun pilih yg ni la.. tambah lagi Bal pun tak pernah makan..Em..sedap sekali..
TEPONG BOKO UBI KAYU
Sumber : Kak Jie Jie
Bahan2
1 ketul ubi kayu yg besar ~ (dapat anggaran 3 cawan ubi parut)
1 cawan gula pasir
10 helai daun pandan ~ kisar dengan
2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna hijau jika perlu
secubit garam Cara Menyediakan
1. Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih. Belah 2 untuk membuang urat tengahnya. Parut ubi sehingga habis. (Boleh juga dikisar menggunakan blender tp pastikan juga uratnya dibuang terlebih dulu.)
2. Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau kisar campur air pastikan perah guna kain maslin sebab ubi terlalu halus.
3. Panaskan periuk kukus.
4. Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam & sedikit pewarna hijau sehingga rata.
5. Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
6. Hidangkan bersama kuah / sos santan dengan cara scopping.
Sos Santan Bahan2
1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh lebihkan santan lagi.. kurangkan sukatan air)
500 ml air
4 ~ 5 sudu besar tepong beras
2 sudu kecil rata garam (rasa dulu b4 tambah garam) sehelai daun pandan ~ disimpul
Cara menyediakan
1. Bancuh tepong beras dengan sedikit air sehingga rata (ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.
2. Campurkan santan, air & air bancuhan tepong beras, garam dan daun pandan dalam periuk.
3. Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat & masak.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.

January 5, 2009

Kuih Lompang

Dulu2 selalu makan kuih lompang ni....tak tahu kenapa tiap kali kenduri ke..majlis apa ke..kat kampung Bal, hidangan kuih lompang tak pernah mis..
La ni bila bekerja di sini tentula tak dpt join majlis mereka jalankan. So tiba2 rindu bangat akan Si Lompang..tapi kan paling sedang lompang jiran Bal selang sebuah rumah..coz panas2 lagi panggil Bal dan adik yg sedang bermain makan kuihnya..kdg2 mcm2 kuih ada...Now rumah tu da diduduki org lain.. mereka telah lama meninggal dunia hampir 17 tahun dulu....Hingga Kini Bal ingat kemurahan hatinya.Merasai keenakkan kuih muihnya dr situ minat Bal tumbuh..Berbalik pada Kuih Lompang Bal ambil dari myresepi..
http://www.myresipi.com/top/detail/3830


Pau

Bal teringin sangat nak buat pau yg putih, gebu. tulus mulus macam kat stesen minyak jual..so Bal pun cuba resepi dari myresepi.. ni linknya http://www.myresipi.com/top/detail/5872
Part inti Bal pakai inti sardin.. janji ada inti, coz Bal just nak lihat result bahagian roti nya..warna da sama,, tapi lum mulus...ha.ha ada - ada je kan..

December 13, 2008

Donat

Donut..oh donat...alahai da edit2 tiba hilang lak...yg ni Bal guna resepi dari my resepi..lbh kurang ngan yg Bal selalu buat..cuma biasa Bal tak letak telur

Donut
iezamel78@myresipi.com

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) Bal guna 3 sudu
3 sudu besar susu pekat manis - Bal guna susu Tepung
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
-Cairkan mentega dan ketepikan.
-Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
-Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
-Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
-Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
-Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...


December 6, 2008

Bingka Labu


Bingka Labu.. Bal suka makanan ada labu2 ni...pena satu hari dpt labu besar..Hasil Tanaman Mil abg Bal ...Buatla koci labu..bingka labu,lepat labu, bubur labu...ha.ha nyaris tak jadi labu..Labu yg ni terkena labu manis...dan lemak2..sedap bangat la bila da jadi kuih..
kena pandai pilih labu gak ni..Bal biasa pilih kulit cantik dan kilat..tak pandai sgt Bab pilih2.. bernasib baik sedaplakan.. tapi arwah ayah Bal kata if nak beli jenis buah2..jgn beli musim hujan..masam.. dan tawar.
Bingka Labu
Bahan-Bahan:
3 biji telur gred c
1 cawan minyak
370-400gm Labu rebus-dilecek
-Gaul sebati bahan di atas
1 cawan gula pasir
2-1/2 cup tepung
sedikit garam
-Gaul sebati dan campur dgn adunan Labu,gaul rata2
-Bakar hingga masak.
p/s-Bal suka bakar sampai coklat2..

June 24, 2008

Lepat Pisang

Lepat Pisang

Bahan-bahan:
450gm pisang (timbang tanpa kulit)
60gm gula
6 sdm kelapa parut (optional)
50gm tepung gandum

Cara:
Lecekkan pisang
Campur gula, tepung dan kelapa
bungkus dgn daun pisang
kukus 15 minit

Lepat Kacang Hijau


Dapat gak Bal edit, akhir2 ni agak busy, maklumla da nak akhir tahun ni makin berlambak keja kat office.Lagila kenaikan harga minyak..ni byk brg2 yg kena update harga baru..Sambil tukar Harga sambil terasa tension hu.hu.

Lepat Kacang Hijau

Bahan-Bahan:
1-1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kacang hijau
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
3 cawan santan
2 Gengam kacang hijau ( Rebus)
1 s.k garam
daun pisang- dilayur

Cara
Rendam dahulu kacang hijau hingga kembang,
kemudian rebus hingga empuk.
Campurkan semua bahan kecuali kacang dan tapiskan.
Masukkan kacang yg tlh empuk dan kacau rata.
Kacau/Masakkan adunan sehingga kental
Panaskan kukusan
Ambil sesudu adunan dan letakkan atas daun pisang dan lipat
Masukkan dlam loyang kukusan dan kukuskan selama 15 minit.
Sejukkan dan hidangkan
p/s: Boleh letak kelapa + garam spt di gambar

June 16, 2008

Lepat Jagung


Lepat jagung ni resepi kak Hanieliza, Bal modifty ikut bahan yg ada kat rumah.

Lepat Jagung

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum (1 cawan)
1/2 cawan gula
3 cawan santan (2-1/2 cawan )
2 tongkol jagung dihiris ( 1 tin jagung cream)
1 s.k garam
daun pisang- dilayur

Cara
Campurkan semua bahan kecuali jagung dan tapiskan.
Masukkan jagung dan kacau rata.
Kacau/Masakkan adunan sehingga kental
Panaskan kukusan
Ambil sesudu adunan dan letakkan atas daun pisang dan lipat
Masukkan dlam loyang kukusan dan kukuskan selama 15 minit.
Sejukkan dan hidangkan

May 25, 2008

Popia



Teringin nak makan popia, Bal pun buat la popia. Kulit popia Bal beli kat kedai je. Bila nak buat ..ada yg tak suka makan taugeh ada yg tak suka makan kobis..Bal lak tak suka makan sayur campur dlm paket tu. Lagipun kalu buat sendiri kita bebas masukkan apa yg digemari.
Bahan Isian: (12 keping )
3 Ulas bawang putih
Daging ayam
2 Biji telur
1/2 Cawan lobak
1/2 Cawan kacang buncis
1 Biji bawang besar
1 Sudu teh sos tiram
Garam secukup rasa
Cara:
Apabila minyak da panas,
masukkan bawang putih, biarkan kekuningan,
masukkan daging ayam, garam,
sos tiram, lobak, telur, kacang buncis,
dan akhir sekali bawang besar.
Kemudian boleh tabur lada hitam sedikit.

March 28, 2008

Roti Meriam



Dekat Kg Bal panggil roti Meriam/Mariam. Bila Bal makan roti ni rasa sama macam Puri di kedai mamak. Cuma yg kat kedai mamak lebih ranggup dan garing. mungkin next time Bal akn cuba buat macam kat kedai mamak. Bal tak de sukatan yg tepat..biasanya bahan tersebut dicampur sesedap rasa dan boleh di uli.
Roti Meriam
Bahan-bahan :
Tepung gandum
Susu tepung
Butter
Gula dan garam
Air
Cara: Campur semua bahan hingga tak melekat di tangan dan boleh di uli, uli hingga lembut. leperkan bentuk bulat, goreng bersama minyak dan api sederhana.

February 20, 2008

Burger Malaysia



Bal cuba resepi ni setelah berjalan-jalan di blog resepidiana.Tengok gambar terliur lak, jadi bal pun mencubanya..Burger ni lembut hingga ke ptg.Utk resepi ni bal gantikan 140ml susu/air dgn (1 sudu besar susu pekat manis + air = 140ml) kemudian utk gula kurangkan 1 sudu besar,bal suka guna susu dlm masakan, susu da habis jadi bal gunakan apa yg ada dirumah.Terima kasih share resepi yg sedap ni..slurrpp..

Burger Malaysia
Sumber: Yani (Myresepi)

Bahan-bahan: ( 8 biji )
200g tepung gandum
140ml susu/ air
2 sudu besar butter/margerin
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast

minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun


Cara:
Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan . Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis