March 28, 2008

Roti Meriam



Dekat Kg Bal panggil roti Meriam/Mariam. Bila Bal makan roti ni rasa sama macam Puri di kedai mamak. Cuma yg kat kedai mamak lebih ranggup dan garing. mungkin next time Bal akn cuba buat macam kat kedai mamak. Bal tak de sukatan yg tepat..biasanya bahan tersebut dicampur sesedap rasa dan boleh di uli.
Roti Meriam
Bahan-bahan :
Tepung gandum
Susu tepung
Butter
Gula dan garam
Air
Cara: Campur semua bahan hingga tak melekat di tangan dan boleh di uli, uli hingga lembut. leperkan bentuk bulat, goreng bersama minyak dan api sederhana.

Homemade Kue Tiaw

Resepi Homemade kue tiaw ni sama dgn homemade mee kuning yg Bal da postkan cuma tak payah letak air kapur dan pewarna,kemudian gelek paling nipis.
Resepi ni juga dari Kak Noormasri.

March 26, 2008

Ikan Kembung Masin

Nak gelak je kalu terpandang gambar ni, Coz macam ladang bawang, Bal teringat dedulu masak ikan masam-manis, subjek kemahiran hidup, memandangkan Bal dan kawan da beli nanas besar, Kami habiskan semua nanas tu untuk di masak,So cikgu bagi komen..Ini ladang nanas ke? ha.ha..
Ikan Kembung Masin ni merupakan favourite Bal, Kulit Limau ni memang tak lalu kalu makan cam tu je, Tapi bila makan ngan ikan masin ia jadi Lazat.

Ikan Kembung Masin

Bahan-bahan:
Ikan Kembung Masin
Limau kasturi
Bawang Besar
Lada Cili

Cara:
Ikan kembung di goreng dengan sedikit minyak.
Perahkan air limau ke atas ikan masin,
kemudian hiris kulit limau, bawang dan lada cili
taburkan ke atas ikan.

March 6, 2008

Acuan Apam



Jalan-jalan kat kedai Rm 2, Jumpala acuan kukus apam, Boleh jugak gunakan utk buat puding dan sebagainya. Penggelek tu comel saja, yg kat rumah kebanyakkannya besar2. Bal paling suka pacuan empat segi warna oren dan biru, maintain tak berapa kecil dan tak berapa besar.

Cheese Fruit Cake

Sekali lagi Bal teruja tengok gambar Cheese Fruit Cake kat blog resepidiana.Bal pun terpaksa menggodek dapur..hu.hu

Cheese Fruit Cake
Sumber: Bebop

Bahan-bahan:
170 gram buah-buahan campuran
2 sudu besar jus oren
Bahan diatas ini digaul rata dan diperap selama
2 jam

70 gram mentega
70 gram krim keju
70 gram gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil pes lemon
80 gram tepung gandum
½ sudu kecil baking powder

Cara:
Pukul mentega, krim keju dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur dan pes lemon dan pukul sebentar.
Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang seli dengan campuran buah yang telah diperap dan gaul sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 170’C – 180’C sehingga masak.

Carrot Cake

Sedap kek karot ni, Selepas Bal jalan-jalan kat rumah Sweetlily dan kak Maisya, Berkobar-kobar Bal nak buat.
Kek ni merupakan kenangan terakhir Bal ngan Arwah ayah, yg sentiasa bagi komen membina kat Bal. Arwah menghidap lemah jantung kami hanya mengetahui selepas Raya haji 2007 degup jantung tinggal 25% (masa raya haji Arwah still boleh tangkap lembu untuk korban).Arwah kerap buat pemeriksaan hospital sepanjang 20 tahun sbb semput x pernah doc cakap sakit jantung, jadi selama ni menganggap semput. Hari yang terakhir dan juga genap seminggu di hospital buat kali ke-3, Arwah kembali ke Pencipta Alam ini.
Al-Fatihah Untuk Ayahanda tercinta Hj.Hasan Bin Thaneer
Carrot Cake
by Suria from RNet
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 ½ cawan minyak
120g gula halus
120g soft brown sugar
2 cawan carrot yang diparut
Diayak
250g tepung gandum
1 sudu teh cinnamon powder
2 sudu teh soda bikarbonat
garam
100g walnut cincang
Cara:
Pukul kuning telor, campur minyak, gula, carrot dankacau sebati dan masukkan walnut dan akhir sekalimasukkan bahan-bahan kering yang lain. Kacau perlahan guna senduk kayu.
Di mangkuk lain, pukul putih telor sampai kaku dancampurkan ke dalam adunan tadi. Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit.
Cream Cheese Frosting:
120 gm butter
250 gm cream cheese
120 gm icing sugar

Cara:
Bahan-bahan diatas dipukul bersama sehingga sebati, boleh sejukkan dalam peti sejuk dan bila sedia untuk menghias kek boleh sapukan frosting atas kek yang telah siap dibakar.

Kek African Marble



Resepi Bal copy dr FnR, yg di popularkan Mak Lang.

African Marble Cake
Sumber: roshayati johari (RN)

Bahan
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit (6 biji telur)
1 camb ovellate
1 camt baking pawder
2 camb susu pekat
50 g air
175 g butter
- cairkancoklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari

Cara:
Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
Asingkan 3 senduk adunan.
Campurkan 3 senduk dengan emulco.
Tuang adunan banyak dalam loyang.
Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
Bakar. ( Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double )Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
Setelah masak, biarkan 5 mini dalam loyang lepas tu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.

Kek Yogurt Kak Pah



Kek Yogurt Kak Pah
by Tenko

Bahan-bahan:
6 bj telur.
2 cwn gula halus.
1 buku butter.
2 1/2 cwn tepung (diayak).
3/4 cwn yogurt (sebrg perasa).
Hirisan badam.
Secubit garam.

Cara:
Asingkan kuning telur dgn putih telur.
Pukul putih telur hingga betul2 kembang. Ketepikan.
Pukul butter dgn gula hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lg.
Masukkan putih telur (yg tlh dipukul td), yogurt & tepung berselang-seli. Kacau & tambah garam.
Tuang dlm acuan.
Taburkan hirisan badam dan bakar hingga masak, lbh kurang sejam atau lbh = 180 darjah selsius.

Homemade Mee

Resepi ni Bal ambil dari Cari.Com, banyak panduan buat mee kuning yang di berikan Kak Noor. Terima kasih Kak Noor. Resepi ni Bal copy paste saja.


MEE KUNING -Menghasilkan 700 g mee kuning
Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan:
350g tepung high protein
2 biji putih telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak
sedikit tepung utk taburan

Cara:
Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental Bahagi doh kpd 4 bahagian
Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)
Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini
Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap

Kek Buah Kukus


Resepi kek buah ni Bal ambil dr cari.com.Bal tak berapa gemar kek buah.Tp dengan resepi ni Bal tak muak makan banyak-banyak.Bahan buah-buahan bal tak letak, bal terus menggunakan mix fruit 500 gram


Kek Buah Bergala
Sumber: budaks_comel

Bahan-bahan:
400 gram Mentega
1 Tin Susu Ideal Milk
400 gram Tepung gandum
4 Bungkus Haw Flakes ( guna 2 bungkus)
1 Bungkus manisan limau (x letak)
6 Bungkus ceri campuran warna (x letak)
400 gram Gula halus
1 Kati kismis hitam (x letak)
3 Kotak buah bidara/ Buah red dates (x letak)
6 Biji telur ayam


Cara:
Pukul gula dan mentega hingga kembang
Masukkan telur
Masukkan susu
Masukkan tepung gandum dan mix fruit, gaul rata
Kukus 3 jam