October 7, 2010

Online

Salam Sejahtera..saja mengisi blog yang kosong ini..sebenarnya kian terasa bosan apabila di office tak boleh buka setengah blog list yang menjadi santapan mata, blog yang berat nak loading pun aha...melayan la hang pula.Kira ok la kan dpt gak online.Nak buat mcm mana sekarng orang da pakai window versi terkini, nasib badan masih pakai window 98, gara2 Acc Pacc just boleh support dlm w98. Skrang menimbulkan masalah lagi komputer terkini da x support window98.(menurut kata tukang jual komputer tu la)..saya anguk2 saja.
Kalu dulu berkobar-kobar nak pakai bb..makin di tangguh terasa malas pula..hik.hik.Ooo tak boleh begitukan, Hidup perlu di teruskan..hoho..ada kaitankah..
memandangkan idea x keluar untuk meneruskan taipan,sebenarnya entry ni lbh menjurus kepada rindu ingin melawat blog2 yang menjadi inspirasi..walaupun pasti satu hari nanti mesti memiliki bb..khuatir masa pula kurang mengizinkan.kenapa?...kena pula belajar mengisi masa bersama si kecil..Insyallah.

July 9, 2010

Kebayaku


Saat ini sememangnya saat yang di nanti-nantikan, Akhirnya tercapai jua keinginan hati berguru dengan Kak Zati.Mengagumi bakat beliau sebagai pendeko dan penulis, apabila bertemu empat mata,(eh enam mata sbb me pakai spec..haha) aku lebih senang tersenyum..Bagaikan tak percaya idola ku berada di depan mata. 
Membuat kek kebaya ini aku agak panik apabila kluar bintang2 lbh dr biasa mungkin di tambah tidur yang tak lena. Sedia maklum dengan keadaan ini ..aku senang di bantu Kak Zati. Memilih warna yg sedondon dengan baju, apabila pulang ke rumah, tiada siapa yang rela memotongnya. Terpaksala aku memotongnya sendiri dengan separa rela.
Ok, Cuci mata dengan gambar ambil di fb kak Zati dan Hamidah, adikku sambung study tak de la org nak updatekan gambar, masih mengalami masalah tiada line pakai broadband pun tak membantu.
Terima Kasih Kak Zati segala tunjuk ajar dan terima kasih juga Kak Noni, yang menganjurkan kelas di kediamannya.Tak lupa juga buat Kak Mida menghidang cerita yang menarik. Semoga kalian di murahkan rezeki dan berjaya didalam apa jua bidang yang di ceburi. Terima kasih juga masakan tengahari yang sedap..my fav tp perut meragam. Tq again..:)

June 27, 2010

Keranamu Bunga..


Salam Sejahtera,
Hari ini datang mood nak cerita gambar di atas. Kek di order dari kawan sekolah menengah dulu.Tq Adah.
Mahukan color ungu putih, bunga2 serta simple tapi nampak eksclusif.
Tapi bila di tenung gambar tersebut, kek gambaran di fikiran masih belum dpt di apply atas kek.
Di sini beranikan diri menggunakan sugar flower yang cuba di buat sendiri menghiasi kek steambuttercream .
Dough agak mudah membentuk hingga senipis kertas, namun agak sukar jua untuk di cantum membentuk bunga,dan color yang diigini, memandang membentuk kelopak rose perlukan kemahiran jua, bunga juga perlu digubah dan perlu di perkemaskan, teruskan jua  mencuba maka itula yang terhasil. Mengakui Bunga yang dihasil mempunyai kekurangan, tapi gembira tetap ada untuk terus berbunga.

May 24, 2010

Update Sempena Anniversary

Tajuk dengan entry macam tak ngam je ..heheh.
Entry kali ni..just nak memperkenalkan blog baru..Aura kasih (clik situ ya). Jika ada yang berminat nak buat tempahan  boleh rujuk di sana. Blog itu pun di update Adik Bal, nak tunggu ada line streamy em..bila agaknya, nak pakai broadband hati setia kat streamyx.
                                                   Aura Kasih
Terima Kasih buat suami tersayang (baker), keluarga dan buat teman-teman baking memberi sokongan dan dorongan, baru kini Bal berani mengambil tempahan secara telus, setelah ada perkembangan baik tahap kesihatan Bal.Alhamdulillah.
Ok..nanti jgn lupa jenguk ye..nak buat promotion sempena pembukaan blog baru belum berkesempatan, kerja-kerja di office agak banyak kebelakangan ini. Insyallah, jika berkesempatan Bal akan update.

February 22, 2010

Blog...

Em, sudah agak lama, Bal tak membuat sebarang update. Namun begitu tidak semestinya tidak berangan di dapur. Ada yg tercari-cari di mana gerangan Bal (if x de buat2 ada) hahahha. Beberapa hari ni, Bal mengodeh ( perkataan ini wujudkan) blog yg begitu sepi, gara-gara ghairah menukar templete dan sebagainya dari awal Bal menyedari blog ini tiada funtion untuk kembali, label dan etc, semuanya Bal kena edit di html, hampir bercadang untuk closed saja kerana agak buntu untuk mendapatkan layout asal, tapi terasa sayang, meskipun isinya tidak sepadat mana, Bal terasa seronok pula mengarang ayat ..(kes syok sendiri). Akhirnya apabila berjaya,,ya berjaya mengodeh Blog ini menjadi blog yg normal saya suka. Itu saja update kali ini, bertemu lagi di entry seterusnya..bila?? masih sabar menanti tiang telefon siang di pasang, meskipun tetanya-tanya mengapa wiyer2 itu..masih berjuntaian.