Showing posts with label Aneka Hidangan. Show all posts
Showing posts with label Aneka Hidangan. Show all posts

August 11, 2008

Laksa Johor



Bal rindu ngan laksa jiran Bal..tiap2 tahun bila dia buat rumah terbuka Bal mesti dtg semata2 nak menikmati laksanya..he.he tp da 2 tahun dia pindah so tak dptla makan Laksa yg sedap tu.
Jadi Bal minta akak Bal call minta resepi dia..secara rambang..actually Bal buat x sesedap jiran Bal.

Laksa Johor

Spageti rebus letak sedikit minyak dan garam

Bahan Kuah:

lada kering
bwg putih
bwg merah
serai
halia sedikit
belacan
kerisek
-di blender dan tumis hingga naik bau
kemudian masukkan
isi ikan kembung/tengggiri/sardin
air asam,garam secukup rasa
masukkan santan masak hingga mendidih

nak sedap lagi masukkan serbuk kari ikan.

Bahan Sambal:

Sambal belacan
lada besar
gula
garam

Bahan Ulam:

Timun
Taugeh
Bawang Kuning
Limau Kasturi



July 29, 2008

Kuewtiaw dan Nasi Ayam





Ahad lepas..hu.hu skrang da Hari Jumaat .. Bal pergi Danga Bay..Pesta Floral..pagi2 lagi Bal da masak nasi ayam dan kuewtiaw...kedua2 masakan ni request dr Adik ..Sblm Bal pergi Danga Bay Bal siapkan dulu kemudian Bal packing utk Makan Kat Danga Bay..he.he save skitkan...
Bal terlupa ambil gambar nasi ayam kes nak cepat..lagipun semua org da ready nak makan..iskk duk ambil gambar je..he.he..Yg ni tak de resepi sbbnya kalu masak nasi Bal still guna cara org dulu2 guna ruas jari sukat air..begitu juga kuewtiaw..Bal guna lada yg da siap blender..simpan dlm peti ais..just ambil beberapa senduk jika nak gunakan. dan tambah bhn2 yg diinginkan..
Nasi ayam Bal tawar..Bal ni fobia skit kalu masukkan garam dalam nasi..tawar still boleh makan..kalu masin ada cara utk mengatasinya??..buat Nasi goreng ok kot..Nasi Ayam tawar. Bal masinkan skit kuah sup..Em...balance..


April 15, 2008

Cencalok

Ni gambar cencalok, Bal da terpotong sikit limau dan letak perahan air limau

Yang ni yg Bal da gaul rata. Sekarang ni ada lagi ke org makan cencalok?. Dulu masa cencalok ni tengah banyak Bal tak pandai makan. Sekarang da susah nak jumpa pandai lak makan,,ha,ha. Cencalok ni mak Bal buat,Bal sendiri tak pasti buatnya macam mana. Dari apa yg Bal lihat bahan utama ada udang halus/udang pepai, sedikit garam dan diperam. Dulu Cencalok dan belacan adalah antara sumber pendapatan parent Bal. Semuanya fresh dr Sg.Johor..Skrang susah sikit nak dapatkan udang halus, da banyak penerokaan.
Cencalok
Bahan-bahan:
2 tbsp Cencalok
1 biji Bawang besar
2 biji Cili padi
1 biji limau kasturi
Cara:
Perahkan air limau, kemudian hiris bahan-bahan tersebut gaul bersama cencalok.
bahan2 tersebut boleh ditambah ikut rasa sendiri.


March 26, 2008

Ikan Kembung Masin

Nak gelak je kalu terpandang gambar ni, Coz macam ladang bawang, Bal teringat dedulu masak ikan masam-manis, subjek kemahiran hidup, memandangkan Bal dan kawan da beli nanas besar, Kami habiskan semua nanas tu untuk di masak,So cikgu bagi komen..Ini ladang nanas ke? ha.ha..
Ikan Kembung Masin ni merupakan favourite Bal, Kulit Limau ni memang tak lalu kalu makan cam tu je, Tapi bila makan ngan ikan masin ia jadi Lazat.

Ikan Kembung Masin

Bahan-bahan:
Ikan Kembung Masin
Limau kasturi
Bawang Besar
Lada Cili

Cara:
Ikan kembung di goreng dengan sedikit minyak.
Perahkan air limau ke atas ikan masin,
kemudian hiris kulit limau, bawang dan lada cili
taburkan ke atas ikan.