Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

October 16, 2008

Sarang Semut


Sarang semut ni Bal campur ngan sedikit tepung optima..nak lebih dr sukatan Bal pun boleh, tp jgn banyak2 letak tepung Optima nanti keras,,dan gula kena kurangkan..Bal suka letak tepung tu,,coz bila telap kuih selalu di buka tentu kuih akan kurang ranggup/lemau..tapi bila letak tepung optima..biskut sarang semut sedap walaupun masuk angin.
Sarang Semut
Bahan-Bahan:
400gm Mentega
250gm Gula Aising
400gm Tepung Gandum
150gm Tepung Jagung
50gm Tepung Optima
150gm Tepung kastard
2 s/teh Vanila
4 biji kuning telur gred C
Cara:
Gaul semua hingga jadi Doh
Kemudian parut pakai parut utk sarang semut.


October 6, 2008

Biskut Oren


Masa tengah siap2kan biskut akak Bal request biskut oren. So bal buatla..Guna Acuan lain2..hiasan lak letak ciklat chip je..he.he.kelakar bila coklat chip duk tengah2. Nak guna acuan mcm Kak Liza x de. Resepi biskut ni Bal ambil kat Fp Sifu Hanieliza. Minta Halal Kak Liza Bal copy paste je.
Sumber : Hanieliza
Bahan-bahan:
250 g butter
130 g gula akstor
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
1 s/b oren pes
1 s/k pewarna oren
coklat chips [hiasan]
Bahan Diayak
300 g tepung gandum
50 g tepung naik sendiri
50 g tepung jagung
50 g tepung kastad
Cara
1. Butter dan gula digaulkan sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaulkan sebati.
3. Masukkan perawna oren dan pes oren. Gaulkan sebati.
4. Masukkan bahan yg diayakkan dan gaulkan sebati.
5. Masukkan adunan dalam acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
6.Hiaskan dengan coklat chips.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
8. Bila telah sejuk simpan dalam balang kedap udara.

Jejari Oat


Da lama Bal simpan resepi ni..Raya ni baru buat,Bal tak salut susu tepung, just pipe ngan coklat putih.

Sumber: Sue
Bahan-Bahan:

250g butter
4 oz gula
2 cawan oat
2 cawan tepung
2 camb serbuk koko
susu tepung + gula ising - untuk salut

Cara-Cara:
Pukul butter dan gula. Campurkan bahan lain. Uli sebati. Bentukkan dan bakar. Sejukkan. Salut dengan susu tepung + gula ising

Bangkit

Bila nak buat bangkit paling malas part perah santan tanpa air..pulak perah santan, santan tak mahu keluar. Kakak Bal kata kalu arwah nenek Bal ada kuih2 tradisional dan halwa kepakaran Arwah. Tapi Bal tak sempat jumpa. ketika Bal usia 2 tahun Arwah meninggal dunia.

Bahan-Bahan:

500gm tepung ubi
100gm tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula aising
6 biji kuning telur gred C
350gm santan (tanpa air)

Cara:
-Campur semua tepung, sangai.
-Santan masak sekejap dgn daun pandan
-Gaul gula aising ngan tepung gandum
-Masukkan telur, santan, uli hg sebati dan lembut

* kalu keras tambah telur
*lembut tambah tepung

Kuih Raya


Tara..!! kuih raya, ni kuih raya yg Bal sempat buat sempena Hari Raya Aidilfitri. Ada yg Bal terlupa nak ambil Gambar personal biskut2 tu. Ikutkan hati ada 2-3 jenis biskut lagi yg nak di buat..tapi x sempat da..tahun ni setiap sejenis buat 3-4 adunan,.kerepek2 Bal just beli saja. Setiap tahun biskut raya jejak 9-13 jenis...coz Bal suka benar tengok aneka biskut..apatah lagi dengan aneka rasa.Tapi tahun ni tak tahu la nape letih bangat nak siapkan kuih2 ni..apatah lagi my adik and my kakak tak minat mengelek2 biskut..

June 16, 2008

Tart Nenas


Korek2 koleksi gambar..jumpa gambar tart nenas tahun lepas Bal buat. Setiap tahun mesti wajib buat kuih tart. Bal sentiasa cuba buat tart nenas yg tak berapa melt & wangi. Coz Bal pernah makan someone buat bau wangi & sedap.Yang Bal buat ni terlalu melt hingga nak susun pun kena berhati2..Resepi kuih tart ni Bal tak sukat betul2..jadi tak dapat nak letak di sini.