January 28, 2009

Minnie

Minnie for Lyne..yang ni utk birthday adik Bal.,adik Bal ni kalu da janji nak buat something utk dia, mesti dia tuntut punya..So Bal bagi dia buat pilihan mahu kek yg macam mana?..Bal kata spongebob boleh ka? x mahula katanya..nak minnie..Bal da agak da, dia memang minat kat katun tu....ayat gak spongebobkan comel..he.he..x rumit sangat jika Bal nak bikin ..Tapi Bal kena buat Minnie coz adik Bal, merangkap anak bongsu, kalu tak buat mcm dia nak...gerenti dia tak makan or membebel2 panjang hu.hu.Part bunga ros tu..sempat gak Bal cuba versi lain..tp cam sememeh ..Still x jadi bunga Ros yg macam kat buku Tan See Fong.

January 13, 2009

January 9, 2009

Mencari Bunga


Mencari bunga Ros,,,Oleh kerana Bal jarang2 ambil tempahan payah juga untuk menarikan nozzle bg mendapatkan bunga idaman ini. Sekian lama belajar ngan Kak Ayu teknik steambuttercream, Bal baru nak praktikkan apa yg di pelajari. Bimbang gak Bal lupa atau tidak menjadi. Kek ni permintaan dari seorang lelaki, jiran Bal untuk isterinya..Hope mereka sukakannya.








Roti

Bal tak pernah lagi masukkan entry Roti...dan yg ini pun bukan Bal buat, Ini fiance Bal wat kan..kerjanya memang hari2 buat Roti di Sg. Tapi jarang benar dia buatkan roti..tentunya dia letih coz menurutnya adakala kena juga uli pakai tangan..Bila da banyak adunan,,Doh macam kayu..
Tekstur Roti yg kat atas ni ala2 roti prancis..cuma ada tambahan bijirin..barli..kuaci dan apa lagi Bal pun tak periksa. Bal belum berkesempatan lagi belajar tentang pembuatan Roti ini dengannya..

Tepung Boko Ubi Kayu


Ada ubi kayu, Bal berkira-kira nak buat Talam ubi, atau yg di atas. Memandangkan Bal teruja lihat disini http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1732486
Kehijauan dan Sosnya, Bal pun pilih yg ni la.. tambah lagi Bal pun tak pernah makan..Em..sedap sekali..
TEPONG BOKO UBI KAYU
Sumber : Kak Jie Jie
Bahan2
1 ketul ubi kayu yg besar ~ (dapat anggaran 3 cawan ubi parut)
1 cawan gula pasir
10 helai daun pandan ~ kisar dengan
2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna hijau jika perlu
secubit garam Cara Menyediakan
1. Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih. Belah 2 untuk membuang urat tengahnya. Parut ubi sehingga habis. (Boleh juga dikisar menggunakan blender tp pastikan juga uratnya dibuang terlebih dulu.)
2. Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau kisar campur air pastikan perah guna kain maslin sebab ubi terlalu halus.
3. Panaskan periuk kukus.
4. Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam & sedikit pewarna hijau sehingga rata.
5. Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
6. Hidangkan bersama kuah / sos santan dengan cara scopping.
Sos Santan Bahan2
1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh lebihkan santan lagi.. kurangkan sukatan air)
500 ml air
4 ~ 5 sudu besar tepong beras
2 sudu kecil rata garam (rasa dulu b4 tambah garam) sehelai daun pandan ~ disimpul
Cara menyediakan
1. Bancuh tepong beras dengan sedikit air sehingga rata (ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.
2. Campurkan santan, air & air bancuhan tepong beras, garam dan daun pandan dalam periuk.
3. Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat & masak.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.

January 5, 2009

Kuih Lompang

Dulu2 selalu makan kuih lompang ni....tak tahu kenapa tiap kali kenduri ke..majlis apa ke..kat kampung Bal, hidangan kuih lompang tak pernah mis..
La ni bila bekerja di sini tentula tak dpt join majlis mereka jalankan. So tiba2 rindu bangat akan Si Lompang..tapi kan paling sedang lompang jiran Bal selang sebuah rumah..coz panas2 lagi panggil Bal dan adik yg sedang bermain makan kuihnya..kdg2 mcm2 kuih ada...Now rumah tu da diduduki org lain.. mereka telah lama meninggal dunia hampir 17 tahun dulu....Hingga Kini Bal ingat kemurahan hatinya.Merasai keenakkan kuih muihnya dr situ minat Bal tumbuh..Berbalik pada Kuih Lompang Bal ambil dari myresepi..
http://www.myresipi.com/top/detail/3830


Rich Choc Pudding


Puding yg kaya rasa coklat..,Bal buatkan utk anak2 babysister yg jaga anak sedara Bal, Akak tu rajin bagi mee, kuih- muih. Segan lak jika tak balas.. Bal copy dari SL a.k.a Kak Nina..Bal nak copy dari rumah Kak Jun tak jumpa..maybe terlepas pandang coz penuh kuih muih rumah Kak Jun tu.


Sumber: Kak Jun Yummylicious
Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara membuatnya:-
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih. - Masukkan butter, kacau hingga pekat. - Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Tips dari kak jun:
untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Puding Jagung

Entry Lalu...Lepas Bal wat cupcake Bal nak pergi KL, Bal pergi KL ikut tunang antar Mak dan Abahnya pergi menunaikan Ibadah Haji..Bal jarang p KL ni baru 3 kali.. Tak tahan melalui tempoh perjalanan yg lama..Parent Tunang Bal pun da nak kembali semula ke tanahair..Bal baru nak masuk entry puding kenduri sblm berlepas..Berkenan ngan puding jagung Kak Kacip, Bal buat 2 aduanan.khuatir gak lembik.. coz lagi 3 gram agar2 tak cukup, teruskan juga..Still ok..tp terserlah kelembutannya..part kastard lak Bal tak gemar baunya so Bal gantikan tepung jagung.

Sumber: http://www.kacip.blogspot.com/

PUDING JAGUNG
Bahan-bahan :

20 gm agar-agar strips
4 1/2 cwn air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
2 bj telur
1/2 cwn tepung kastard, dicampur dgn sedikit air, dikacau dan di tapis
secubit garam
1 cawan gula
1 sdt esen jagung

Cara-cara:
-1. Rendam agar-agar dgn air selama 1 jam. Kemudian masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula hancur. Perlahankan api.
3. Di dalam mangkuk, pukul telur menggunakan garfu. Ketepikan.
4, Di dalam mangkuk lain pula, campurkan jagung krim, susu cair, garam, telur yang dipukul dan juga tepung kastad yang sudah ditapis. Gaul sehingga sebati kemudian di tuang ke dalam periuk agar-agar sambil dikacau. Tuang esen jagung.
5. Adunan ini perlu dikacau sentiasa sehingga pekat. Tutup api dan bolehlah di tuang ke dalam loyang dan biarkan sejuk dan mengeras barulah dipindahkan ke dalam peti ais

Pau

Bal teringin sangat nak buat pau yg putih, gebu. tulus mulus macam kat stesen minyak jual..so Bal pun cuba resepi dari myresepi.. ni linknya http://www.myresipi.com/top/detail/5872
Part inti Bal pakai inti sardin.. janji ada inti, coz Bal just nak lihat result bahagian roti nya..warna da sama,, tapi lum mulus...ha.ha ada - ada je kan..