April 30, 2008

Ayam Goreng

Em, ayam goreng pun nak ambil gambar..setiap bln Bal mesti goreng ayam mcm2 versi, semata- mata nak sama ngan ayam goreng kat kedai mamak yg berhampiran tmpt kerja Bal. Ayam yg mereka masak, tak berminyak, bhgn luar yg ranggup, warna menarik, bila sejuk pun still ok dan bhgn daging yg fresh.Bal suka ayam tu berbanding kfc. Yg Bal buat ni memang la tak sama..he,he..tapi rasa adalah sikit. Kdg2 Bal duk kat situ semata2 nak tengok ayam goreng di goreng tapi yg peliknya Bal tengok ayam tu di tergantung di tempat pemanggang.uwaaaa.

Bahan-bahan :

Ayam 5-6 ketul
1 Sudu teh ketumbar
1 Sudu teh jintan Kasar
1 Sudu teh jintan Halus
1 Sudu makan jus oren
garam secukup rasa

Cara:
Perap kan dlm 1 jam, lagila lama pun ok, kemudian goreng bersama minyak.

April 15, 2008

Cencalok

Ni gambar cencalok, Bal da terpotong sikit limau dan letak perahan air limau

Yang ni yg Bal da gaul rata. Sekarang ni ada lagi ke org makan cencalok?. Dulu masa cencalok ni tengah banyak Bal tak pandai makan. Sekarang da susah nak jumpa pandai lak makan,,ha,ha. Cencalok ni mak Bal buat,Bal sendiri tak pasti buatnya macam mana. Dari apa yg Bal lihat bahan utama ada udang halus/udang pepai, sedikit garam dan diperam. Dulu Cencalok dan belacan adalah antara sumber pendapatan parent Bal. Semuanya fresh dr Sg.Johor..Skrang susah sikit nak dapatkan udang halus, da banyak penerokaan.
Cencalok
Bahan-bahan:
2 tbsp Cencalok
1 biji Bawang besar
2 biji Cili padi
1 biji limau kasturi
Cara:
Perahkan air limau, kemudian hiris bahan-bahan tersebut gaul bersama cencalok.
bahan2 tersebut boleh ditambah ikut rasa sendiri.


Muffin Coklat


Muffin ni Bal buatkan utk someone yg memang cari menu tambahan untuk minum petang bersama keluarga. Next time dia nak order lagi,, maklumla org suka makan cekelat.. cekelat..ceklat..hu.hu

Muffin Coklat
Bahan-bahan:

Di ayak
250 g Tepung gandum
2 tsp Serbuk penaik
2 tbsp Serbuk koko

150 ml Susu cair/susu segar
100 gm Coklat masakan
100 ml Minyak masak
2 biji telur
160 gm Gula perang
1 tsp Coklat emulco
50-100 g Coklat Chip (optional)

Cara:
Pukul telur dan gula (sebati)
Masukkan bahan di ayak
Masukkan coklat masakan yg telah dicairkan, minyak, susu dan coklat emulco gaul rata
Masukkan coklat chip gaul rata
Bakar pada suhu 200c 15-20minit

* Muffin moist pada keesokkan harinya.