February 20, 2008

Burger Malaysia



Bal cuba resepi ni setelah berjalan-jalan di blog resepidiana.Tengok gambar terliur lak, jadi bal pun mencubanya..Burger ni lembut hingga ke ptg.Utk resepi ni bal gantikan 140ml susu/air dgn (1 sudu besar susu pekat manis + air = 140ml) kemudian utk gula kurangkan 1 sudu besar,bal suka guna susu dlm masakan, susu da habis jadi bal gunakan apa yg ada dirumah.Terima kasih share resepi yg sedap ni..slurrpp..

Burger Malaysia
Sumber: Yani (Myresepi)

Bahan-bahan: ( 8 biji )
200g tepung gandum
140ml susu/ air
2 sudu besar butter/margerin
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast

minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun


Cara:
Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan . Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

February 19, 2008

Microwave




Microwafe ni dpt gift beli something..happynya,walaupun happy sebenar bal tak pernah menggunakan microwave sblm ni. Nampak gayanya habis kena telek buku panduan dr kulit ke kulit.

February 15, 2008

Apam Tepung Beras




Apam tepung beras versi mix & match Zana
cari.com posted by waterlily

Bahan-bahan:
1 cwn nasi
2 cwn tepung beras
1 cwn gula putih
1 1/4 cwn air
3 gm yis/ 1 sudu teh
4.3 gm eno (sepeket kecil rm0.70)

Cara:
Blend nasi dengan air hingga halus then add sugar, tepung dan yis.
Blend hingga sebati. Masuk dlm bekas dan tutup rapat.
Perap selama more than 4 hours (semlm perap 5 jam).
Selepas tu kacau perlahan dan masukan pewarna.jika mau then masukkan eno,
kacau sebati perlahan-lahan dan biar another 5 minit.
Panaskan kukusan. Masukan dlm cawan2 kecil dan kukus selama 15 minit.
sedap dimakan dengan kelapa parut

Periuk Kukus



Periuk kukus ni adalah antara brg kesayangan bal, periuk ni mak bal beli ketika mengiringi rombongan perkahwinan cousin bal ke Terengganu.Besar kukusan ni..boleh masuk hampir 100 pcs acuan lompang.Dr rega ratusan mak bal deal dptla Rm 75.

February 5, 2008

Pendahuluan

Salam sejahtera.
Blog ini di buka utk rujukan saya yg masih merangkak dlm dunia masakan dan juga hasil sentuhan yg tak seberapa dr saya.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua empunya resepi yg memaparkan resepi diblog2 dan forum dan di mana jua yg secara tidak langsung memberi saya semangat utk mencubanya dan memuatkannya di sini.Semoga dimurahkan rezeki kalian.Terima kasih juga sokongan dan dorongan yg diberikan teman-teman.Hanya Allah saja yg dpt membalas kemurahan hatimu.
Selain itu juga sudi-sudi la kiranya memberi saya tunjuk-ajar.

Terima kasih

February 4, 2008

Kek Lapis Batik Kenyalang


Kek Lapis Batik Kenyalang ni sepatutnya ada lapisan berjalur2.Tp bal just lapiskan, memandangkan kali pertama mencuba resepi ini. Resepi ni bal ambil di blog Saudara Rozzan

Kek Lapis India





Kek Lapis India
Sumber: Deeyana

16 oz mentega
10 biji telur
65 gm nestum putih (nestum beras bayi)
300 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50gm) -optional
397 gm susu manis
120 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Masukkan tepung biskut marie, nestum, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata. Bakar lapisan pertama hingga masak. Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Nota Dr Kak D:
1) Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
2) Susu dan gula boleh dikurangkan jika anda tidak gemar terlalu manis.
3) Gunakan acuan saiz 9" x 9" jika anda tidak suka kek yg terlalu tinggi.
4) Saya selalu kisar gula pasir biasa untuk buat kek, jarang guna gula kat bakery shop.