Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

June 10, 2008

Ayam BBQ


Sabtu lepas Bal pergi berkelah di Tanjung Balau..so Bal pun buatla ayam BBQ..


Bahan-Bahan:

16 ketul ayam

blender:
3 btg serai
4 sudu makan lada kering blender
3 cm halia
2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih

2 sudu makan rempah (ketumbar +jintan)
4 sudu makan madu
4 sudu makan jus sunquick
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kunyit
garam & gula secukup rasa

Cara:
Blender bahan2 yg perlu di blender,
campur semua bahan, kemudian perap. perap semalaman lagi best


April 30, 2008

Ayam Goreng

Em, ayam goreng pun nak ambil gambar..setiap bln Bal mesti goreng ayam mcm2 versi, semata- mata nak sama ngan ayam goreng kat kedai mamak yg berhampiran tmpt kerja Bal. Ayam yg mereka masak, tak berminyak, bhgn luar yg ranggup, warna menarik, bila sejuk pun still ok dan bhgn daging yg fresh.Bal suka ayam tu berbanding kfc. Yg Bal buat ni memang la tak sama..he,he..tapi rasa adalah sikit. Kdg2 Bal duk kat situ semata2 nak tengok ayam goreng di goreng tapi yg peliknya Bal tengok ayam tu di tergantung di tempat pemanggang.uwaaaa.

Bahan-bahan :

Ayam 5-6 ketul
1 Sudu teh ketumbar
1 Sudu teh jintan Kasar
1 Sudu teh jintan Halus
1 Sudu makan jus oren
garam secukup rasa

Cara:
Perap kan dlm 1 jam, lagila lama pun ok, kemudian goreng bersama minyak.