December 26, 2012

Cooking Competition

Terjebak lagi..Jumaat lepas dalam jam 11 pagi..calling dr my dearest teacher...Zai awak tak datang2 kelas pun..wawa..sejak akhir-akhir ni  kuat membuta.Kalu tak membuta kepala pening...inila ada efek dari buatan orang yang bernama SuamiIsteri he3...Aqil bakal mendapat Adik..Setakat ni saya cuba tidak berkata tidak setiap tugasan yang di beri..So masakan bertema Kerutup dan kuih berasaskan tepung pulut.
Esok awak siap jumpa kat Kip Mart jam 11 pagi.....Selepas orang solat Jumaat bawa Aqil beli bahan-bahan. Si kecil tu seronok bila di bawa jalan.
Jam 5 ptg saya menerima tetamu hampir 20 orang..ibu mertua dan ipar2 dan anak sedara sampai. Saya bernasib baik mak tersayang ada di rumah, saya sedang bermanja-manja dengan beliau,sejak 2 minggu lalu, maklum la kali ni ayam,ikan,telur saya tak boleh telan, terasa letih badan tambah Aqil yg masih Bf dan sedang Lasak..Saya gagah siapkan menu malam walaupn kaki da hampir cramp..Hanya, ayam asam pedas, sayur sawi dan ikan goreng.Sambil tu saya tertanya-tanya adakah tetamu saya akan tidor disini..Jam 10malam mereka berangkat,,Saya bernasib baik, jika tidak saya tak tahu apa jadi dengan program keesokan hari. Setelah mereka balik saya just kumpul semua pinggan kotor. Benar-benar tak larat untuk settlekan..tapi kedengaran Mak saya sedang mengemas...walaupun saya menegahnya..Sayang Makkk..
Pada Hari pertandingan...selepas  solat subuh jam 6pagi  saya tidur semula....wawaa saya betul-betul penat...nasib baik jam 7.30 larat buka mata..
berbalik pertandingan...Ayam masak kerutub sebenarnya air tangan gabungan saya dan mak..maka saya tak heran jika dapat naib johan..sebab mak memang power bab masak ala2rendang. Saya sangat suka masakan  Mak saya...kerana tiada tandingan yummy... Part kuih tepung gomak,,hanya dapat saguhati. Sebenarnya saya x kisah bab menang atau kalah bagi saya ia permulaan yang baik. Jika lihat pada gambar terlalu simplekan hiasannya...saya tak terfikir nak buat hiasan yang menarik memandang masa dan tenaga saya agak kritikal..he3..Saya hanya insan  biasa.Actually semua hidangan wajib letak resepi...Saya sendiri tak perasan sampai tempat bertanding Resepi bahagian inti tepung gomak saya tidak taip..kih3..Apa da jadi..

December 24, 2012

Gubahan Bunga


Saya rasa saya tak de bakat dalam menggubah bunga, tak pernah terfikir boleh terjebak dalam menggubah bunga..kalu tanam bunga tu bolehla...Dalam rumah saya x de bunga, sebab bagi saya habuk akan melekat kat bunga, kemudian bunga di basuh atau di buang. Pasti yang ada bunga di rumah orangnya rajin. Bila cikgu saya bagi tugasan buat gubahan bunga untuk masuk bertanding..waawaa...penat jua memerah idea. Cari bunga yang  semudah mungkin..kerana saya pasti si kecil saya turut membantu...he3 itu sudah pasti.
Akhirnya saya buat bunga carnation dan ros..sampai tempat bertanding tak sangka ramai yang bertanding.
13 orang peserta..tengok bunga peserta lain da give up...kerana smua cantik-cantik belaka. Saya tak target untuk menang...tapi mengharap dapat pulang bawa hadiah untuk kenangan.ha3.
Saya di beritahu top 5 akan mendapat Hadiah.Nasib menyebelahi saya...saya dapat pulang bawa hadiah kerana saya dapat no.4. Saya menggunakan kertas tisu untuk carnation.Rose kertas  crepe.

December 1, 2012

Kembali

Salam Sejahtera..

Sangat lama blog ini terbiar, akhirnya membuat keputusan menghidupkan kembali.Blog lagi satu berkaitan craft delete sudah.Manage satu blog je senang..Lagipun tak pandai nak karang ayat bagai..Rasa macam kaku pun ada,,Insyallah akan update tentang aktiviti yang saya minati.,bukan berkaitan masak sahaja.Actually saya nak jadikan blog ini sebagai catatan kenangan dalam aktiviti saya.Sesiapa yang sudi menjengah silakan...
Berhenti berblog dalam masa yg panjang..ingin saya ceritakn berpindah duduk dengan suami, barang2 dari kecil hg dewasa angkat semua..sambil pilih utk disimpan dibuang.hah diam x diam da pregnant x abis2 kemas.Resepi yg selama ni duk print simpan ikut ketogeri..majalah, barang kraft.senang kan bila nak cari.itu pun kadang semput nak cari..hah letak label baru senang.Bila kelam-kabut terabur balik..
Tapi since bergelar Ibu.saya akui segalanya perlu teratur.jika tidak x sempat nak ada ruang sendiri. Sejak Kandungan mencecah 7 bulan, saya ambil keputusan resign.Keputusan itu disambut senyum lebar En.suami yg mahu saya membesarkan sendiri anak2. Actually cita-cita utama saya dulu jadi surirumah.hee pelikkan.tapi x pena cerita pada sesiapa cita2 saya..mahu ada gulin2 ketawa,.kerana saya lihat Rutin mak saya menarik..masak,menjahit,.bertani..membuat belacan untuk dijual.Seriusly saya x tahu semua ni penat. yg tahunya seronok mengikut aktiviti Mak dan Arwah Ayah saya. Mungkin pada ketika tu saya tiada lagi "Tanggungjawab". Jika saya ikut Arwah Ayah menangguk udang, menoreh getah..jengah  kambing dan lembu..Superkan,,
Saya fikir, saya perlukan tumpukan pada satu  aktiviti je..tapi tetap suka..baking,sewing and crafting .Semuanya perlu Masa untuk menelaah satu persatu. Kawan2 seangkatan baking semua da jauh maju..sangat maju, saya boleh diketogeri masih tertinggal di perhentian.
Saya sering di tegur buat apa macam2.kan x nampak hasil yg memberangsangkan.Cuba tumpu pada satu perkara ja.
Mungkin teguran itu betul..tapi saya jenis cepat jemu..Jika saya berjaya disalah satu bidang saya ceburi..itu adalh "bonus", yang pasti saya suka menyibukkan diri..ha3..kadang2 takut juga faktor umur..sampai bilakan.