Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

June 16, 2008

Apam Marmar lagi

Apam Marmar ni Bal buat atas request seseorang, Resepi Bal da letak pada entery yang lepas. Yang ni Bal buat guna acuan lompang.

June 10, 2008

Apam Pandan Chiffon

Bal cuba resepi ni setelah terpandang kat blog Kak Jun (yummylicious), Kak Jun buat apam ni kelihatan cun..menurut kak jun resepi ni dr satu Fp alisdaniaazhar.Fp.

Bahan-bahan:

2 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh pewarna hijau/paste
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri

Cara:
putar telur, gula, ovalette n pes pandan hingga kembang. masukkan susu sket2 n tepung.
masukkan dalam cawan n kukus hingga masak.
kukus dalam 10min


Apam Marmar


Apam marmar ni Bal buat gunakan 3 perisa..apam ni sedap..resepi Bal copy saja dari Myresepi.

Bahan-bahan: ( Tin berukuran 10 inci )
Sumber: Mat Gebu

250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara :
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.


February 15, 2008

Apam Tepung Beras




Apam tepung beras versi mix & match Zana
cari.com posted by waterlily

Bahan-bahan:
1 cwn nasi
2 cwn tepung beras
1 cwn gula putih
1 1/4 cwn air
3 gm yis/ 1 sudu teh
4.3 gm eno (sepeket kecil rm0.70)

Cara:
Blend nasi dengan air hingga halus then add sugar, tepung dan yis.
Blend hingga sebati. Masuk dlm bekas dan tutup rapat.
Perap selama more than 4 hours (semlm perap 5 jam).
Selepas tu kacau perlahan dan masukan pewarna.jika mau then masukkan eno,
kacau sebati perlahan-lahan dan biar another 5 minit.
Panaskan kukusan. Masukan dlm cawan2 kecil dan kukus selama 15 minit.
sedap dimakan dengan kelapa parut