December 13, 2008

Donat

Donut..oh donat...alahai da edit2 tiba hilang lak...yg ni Bal guna resepi dari my resepi..lbh kurang ngan yg Bal selalu buat..cuma biasa Bal tak letak telur

Donut
iezamel78@myresipi.com

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) Bal guna 3 sudu
3 sudu besar susu pekat manis - Bal guna susu Tepung
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
-Cairkan mentega dan ketepikan.
-Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
-Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
-Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
-Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
-Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...


December 6, 2008

Bingka Labu


Bingka Labu.. Bal suka makanan ada labu2 ni...pena satu hari dpt labu besar..Hasil Tanaman Mil abg Bal ...Buatla koci labu..bingka labu,lepat labu, bubur labu...ha.ha nyaris tak jadi labu..Labu yg ni terkena labu manis...dan lemak2..sedap bangat la bila da jadi kuih..
kena pandai pilih labu gak ni..Bal biasa pilih kulit cantik dan kilat..tak pandai sgt Bab pilih2.. bernasib baik sedaplakan.. tapi arwah ayah Bal kata if nak beli jenis buah2..jgn beli musim hujan..masam.. dan tawar.
Bingka Labu
Bahan-Bahan:
3 biji telur gred c
1 cawan minyak
370-400gm Labu rebus-dilecek
-Gaul sebati bahan di atas
1 cawan gula pasir
2-1/2 cup tepung
sedikit garam
-Gaul sebati dan campur dgn adunan Labu,gaul rata2
-Bakar hingga masak.
p/s-Bal suka bakar sampai coklat2..

Tag 'Work Station'

Ini tag daripada Kak Siti
Rules:snap work station andathen... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang dibuat nih...begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..


Tag dari Kak Siti. Sorry Kak Siti, Bal baru berkesempatan nak siapkan..he.he Tq
.Actually Bal tak de 'work station'. Laptop Bal ni, sekejap naik atas ..sekejap kat bawah...di mana2 saja Bal rasa selesa..wire telefon pun panjang so Bal boleh tarik ke mana2.. oleh kerana x de work station kdg2 malas nak buka Laptop ni..
7 org yg kena Tag.. rasanya da ramai dpt Tag ni...

Muffin Pandan Mayonis


If Bal malas2, Bal suka buat ramuan ini..simple dan sedap..kegemaran my sis..If nak perisa lain tukar la pandan paste,, Yg ni Bal pakai pandan paste beli ngan Kak Dee.. cap koepoe-koepoe..suka bau dia..Cupcake/muffin ni makan panas2 x rasa manis. if da sejuk.. manisnya datang..

Bahan-Bahan:
1-1/2 Cawan Tepung
2 tsp Baking Powder
1/2 Cawan Mayonis
3 Biji Telur gred c - Pukul Sedikit
1 tsp Pandan Paste
1/2 Cawan Minyak
1/2 Cawan Air Panas
3/4 Cawan Gula Castor
Secubit Garam
Cara-cara:
-Campurkan Air Panas, Gula & Minyak
-Gaul semua bahan kering, masukkan, pandan paste, telur dan mayonis
-Masukkan bahan campuran minyak, gaul sebati
-Bakar hingga masak anggaran 20minit - 180 darjah celcious

Kek Gulung


Bal tak pernah buat kek gulung ni, bila nampak banyak blog ada kek ni Bal pun try la..Tapi bila lihat arahan guna api atas bawah.. takut gak Bal nak memcuba. Coz Bal just ada oven Kek lapis Sarawak.. Tapi cuba gakla..em byknya tapi...
Bal berani kan jugak buat..inilah hasilnya..belum sempat sejuk da letak inti..Bal guna Jem bluebery..Abaikan corak yg semacam je tu...banyak la pulak terasingkan utk corak..x mahu membazir Bal campurkan saja..
Resipi Bal copy dari blog Kak Maisya yg Rajin memasak ....

Kek Gulung Batik
posted by Ahpek at FNR
Bahan-bahan(loyang 36x36cm)
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovallete
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya
Cara-cara
- Telur,gula,ovallete,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata.
- Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius, api atas dan bawah.

December 1, 2008

Cupcake





Gambar dia atas ni tempahan dr seorg customer Bal, seronok berurusan dgn beliau..Permintaan Yg simple mahukan edible image dan buttrcream berwarna hijau, Jadi Bal just mainkan ton hijau...Gambar tersebut juga Ehsan dr beliau,,Bal benar 2 tak sempat tangkap gambar, gara2 Bal mahukan semuanya fresh..pagi2 jumaat lepas Bal baru proceed proses buat bc dan mendeco,, Cadang utk 8 set 1 design,, sudahnya.. Bal hanya dpt buat 5 design..selebihnya semua mcm kat atas tu coz Bc lak meragam. Jika ikut perancangan awal tentu Bal tak kelam kabut..Tp tengahari tu nak bertolak Ke KL..Bal pun jadi Kabut....Start 6 pagi..siap segalanya Pukul 11.00..mcm lipas kudung jadinya nyesal tak bangun pukul 4.pg., panik sungguh Bal, apatah lagi Beliau da menunggu di tempat & masa yg ditetapkan.. Blum lagi part tunang Bal tak kunjung tiba,,argh,,mesti jem kat Kastam. Namun Bal Cuba pastikan Kekemasan sebaik mungkin. Apapun Bal berterima Kasih pada Pn Nora (nickname). Yg sabar Menunggu. Sokongan Puan amat di hargai, maaf jua sebarang kekurangan. Dan tak lupa jua Pada My sifu Kak Ayu..Thank you very much.






October 16, 2008

Sarang Semut


Sarang semut ni Bal campur ngan sedikit tepung optima..nak lebih dr sukatan Bal pun boleh, tp jgn banyak2 letak tepung Optima nanti keras,,dan gula kena kurangkan..Bal suka letak tepung tu,,coz bila telap kuih selalu di buka tentu kuih akan kurang ranggup/lemau..tapi bila letak tepung optima..biskut sarang semut sedap walaupun masuk angin.
Sarang Semut
Bahan-Bahan:
400gm Mentega
250gm Gula Aising
400gm Tepung Gandum
150gm Tepung Jagung
50gm Tepung Optima
150gm Tepung kastard
2 s/teh Vanila
4 biji kuning telur gred C
Cara:
Gaul semua hingga jadi Doh
Kemudian parut pakai parut utk sarang semut.


October 14, 2008

Orange Moist Cake

Kek Oren Lembap..yummyy...Bal suka Makan benda yg rasa limau/oren..sebabnya kurang rasa muak..Yg ni panas2 lagi Bal da potong..x sabar na.
Bal ambil resepi dari Fp Kak Rinnchan..

ORANGE MOIST CAKE
Sumber: FP Rinnchan

Bahan-bahan :
240gm majerin
1 cawan gula caster
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
3 sudu besar Orange Sunquick
Parutan kulit sebiji buah orange

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima.
3. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung di selang-selikan dengan susu hingga habis.
4. Masukkan pati orange Sunquick dan parutan kulit orange.
5. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 45 minit atau sehingga masak.


Kek Lapis

Kek Lapis ni buat hidangan Raya, Resepi kek lapis ni seperti kebiasaannya Bal Refer Kat blog Rozzan, Dan Kek Lapis Asam Manis Bal cuba resepi Kak Dayang Taukeh Kek Lapis. Cuma Bal tukar kepada biskut Craker ,,biskut fav Bal, Terima Kasih Kak Dayang kongsi Resepi...
Ok la Bal tak boleh cerita panjang pasal Kek Lapis ..da terpaksa telan Air liur lak da..

Kek Lapis Coklat Horlick, adik Bal Request,
Kek Lapis Asam Manis, Mak Bal suka sangat.. buat 2biji satu letak horlick ..satu lagi kurangkan Ktt horlick..Bal kurang gemar horlick
Kek Lapis Strawberry Pandan..

October 6, 2008

Bahulu


Bahulu ni favourite my mum and bakal my mum...pertama kali Bal buat bahulu thn 2004..masa tu nak kan original..dr pagi hingga ptg Bal whisk cam org dulu2 tu..Sambil bakar..Rasa cam serik je buat bahulu. Lum masuk da panaskan acuan still melekat jat acuan..Rasa muka pun da mcm bahulu. La ni rasa tak la susah mana buat bahulu.Cuma sesakali kena gak layan kerenah Bahulu ni..

Bahan-bahan:

360gm Gula

300gm tepung gandum

8 biji telur

Cara-Cara:

-Pukul gula + telur hingga kembang

-Masukkan tepung gaul rata

*panaskan acuan bersama sedikit minyak.

* boleh kurangkan ktt gula.

Biskut Oren


Masa tengah siap2kan biskut akak Bal request biskut oren. So bal buatla..Guna Acuan lain2..hiasan lak letak ciklat chip je..he.he.kelakar bila coklat chip duk tengah2. Nak guna acuan mcm Kak Liza x de. Resepi biskut ni Bal ambil kat Fp Sifu Hanieliza. Minta Halal Kak Liza Bal copy paste je.
Sumber : Hanieliza
Bahan-bahan:
250 g butter
130 g gula akstor
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
1 s/b oren pes
1 s/k pewarna oren
coklat chips [hiasan]
Bahan Diayak
300 g tepung gandum
50 g tepung naik sendiri
50 g tepung jagung
50 g tepung kastad
Cara
1. Butter dan gula digaulkan sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaulkan sebati.
3. Masukkan perawna oren dan pes oren. Gaulkan sebati.
4. Masukkan bahan yg diayakkan dan gaulkan sebati.
5. Masukkan adunan dalam acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
6.Hiaskan dengan coklat chips.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
8. Bila telah sejuk simpan dalam balang kedap udara.

Jejari Oat


Da lama Bal simpan resepi ni..Raya ni baru buat,Bal tak salut susu tepung, just pipe ngan coklat putih.

Sumber: Sue
Bahan-Bahan:

250g butter
4 oz gula
2 cawan oat
2 cawan tepung
2 camb serbuk koko
susu tepung + gula ising - untuk salut

Cara-Cara:
Pukul butter dan gula. Campurkan bahan lain. Uli sebati. Bentukkan dan bakar. Sejukkan. Salut dengan susu tepung + gula ising

Kek Marble


Kek Marble yg tak berapa marble..he,he, before puasa, Babysister anak sedara bagi Kek marble..Bal makan terasa sedap so Bal minta resepi..

Bahan-Bahan:
Sumber: Kak Shikin

250g butter
1-1/2 cawan gula castor
3 cawan tepung gandum
1sudu teh baking powder
6 biji telur (bal guna 3 je)
1/2 cwan susu pekat
1 sudu teh vanila
1/2 sudu besar ovellate
3 pewarna 3 bhgn

Cara-cara:
-Putarkan butter, gula hingga kembang
-Masukkan ovellate, telur satu persatu, Vanilla
-Masukkan tepung yg diayak dgn bp dan akhir sekali susu


Bangkit

Bila nak buat bangkit paling malas part perah santan tanpa air..pulak perah santan, santan tak mahu keluar. Kakak Bal kata kalu arwah nenek Bal ada kuih2 tradisional dan halwa kepakaran Arwah. Tapi Bal tak sempat jumpa. ketika Bal usia 2 tahun Arwah meninggal dunia.

Bahan-Bahan:

500gm tepung ubi
100gm tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula aising
6 biji kuning telur gred C
350gm santan (tanpa air)

Cara:
-Campur semua tepung, sangai.
-Santan masak sekejap dgn daun pandan
-Gaul gula aising ngan tepung gandum
-Masukkan telur, santan, uli hg sebati dan lembut

* kalu keras tambah telur
*lembut tambah tepung

Kuih Raya


Tara..!! kuih raya, ni kuih raya yg Bal sempat buat sempena Hari Raya Aidilfitri. Ada yg Bal terlupa nak ambil Gambar personal biskut2 tu. Ikutkan hati ada 2-3 jenis biskut lagi yg nak di buat..tapi x sempat da..tahun ni setiap sejenis buat 3-4 adunan,.kerepek2 Bal just beli saja. Setiap tahun biskut raya jejak 9-13 jenis...coz Bal suka benar tengok aneka biskut..apatah lagi dengan aneka rasa.Tapi tahun ni tak tahu la nape letih bangat nak siapkan kuih2 ni..apatah lagi my adik and my kakak tak minat mengelek2 biskut..

September 25, 2008

Tag Dari Kak Lin

Tag Ini Bal Dapat Daripada Kak Lin….Bal Jawabla memandangkan tengah free ni..Maklumla hati da tak de kat tempat keja hu.hu Nak Balik Kampung ...

The Rules:
* Link To Your Tagger And Post These Rules On Your Blog.
* Share 7 Facts About Yourself On Your Blog, Some Random, Some Weird.
*Tag 7 People At The End Of Your Post By Leaving Their Names As Well As Links To Their Blogs.
* Let Them Know They Are Tagged By Leaving A Comment On Their Blog.

This Is From Bal

7 Facts About Me!
-Anak Ke-7 dari 8 beradik
-Berdarah Manis
-Alhamdulillah Bonda masih ada,Raya Ni, kali Pertama Bal beraya Tanpa Ayahanda yg Di kasihi, sayunya hati ini. Moga Ayah Damai Disana. Al-Fatihah
-Seorang Yang Sensitif tapi cepat melupakan
-Pendiam, Ambil masa utk sesuaikan diri. Tapi lama2 ,,he,he
-Suka Membaca terutama Buku.Mag tentang Masak dan Craft
-Suka memerap dlm Rumah

-Kak Maisya
-Kak Nina
-Kak Dee
-Kak Jun
-Kak Kacip
-Zira

September 23, 2008

Kad Raya Dari Kak Lin & Kak Maisya




Terima Kasih Kak Lin & Kak Maisya, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf jika ada silap dan salah.

Kad Raya dari Ku


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..Semua org bagi Kad raya Bal pun nak bagi Kad Raya..Di jemput Teman-teman sekalian sudi-sudikan la ambil Kad raya ni.




















September 22, 2008

Award Dr Kak Dee

Terima Kasih mengingati diri ini..

September 21, 2008

Kad Raya Dari Zira & Selamat Menyambut Hari Raya

Tq, Zira,,,cantik kad raya tu, Selamat Hari Raya ye..Di kesempatan ini, Bal juga nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua kawan-kawan dan yg sudi berkunjung di blog Bal ni. Bal mohon maaf kiranya ada silap salah.


September 3, 2008

Tag Dari SL , Kak Dee & Mak Uda



Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com,
reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,
juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv,
a gift fRoM hEaRt, a gift from azza,
sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me, Sweetlilly's kitchen, deeyanas.blogspot.com,Harmony,


Ni arahan nya…Copy gambar kat atas tu and post kat blog anda Teruskan mencari mangsa seramai 5 org..(nak lebih pun takpe)Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka Lastly, jgn lupe tempek url anda sebelah url Harmony ...

Bal nak siapkan homework ni jadi Bal tag..semua link di sebelah Kanan Bal. Terima Kasih Kerana Mengingati diri ini.

September 2, 2008

Tag From KakLin's Gallery

KakLin's Gallery Has Tagged Me With A Lovely Poem On Friendship.



We need friends for many reasons,
all throughout the season.
We need friends to comfort us when we are sad,
and to have fun with us when we are glad.
We need friends to give us good advice,
We need someone we can count on, and treat us nice.
We need friends to remember us once we have passed,
sharing memories that will always last.


Spread the poem of friendship....


1. Everyday Life
2. Words of Love
3. Sheng's Simple Thoughts . . .
4. My Wonderful Life ....
5. Can of Thoughts
6. Designs By Vhiel
7. Vhiel's Corner
8. Anything and Everything in Between
9. A Mother's Stuff
10. http://housewifeatwork.blogspot.com/
11. My Receipes
12. Vblogger
13. thefootloosechef
14. Yummy Food
15. MamaFaMi's Spice n Splendour
16. KakLin's Gallery
17. Harmony Flavour


I love to pass this on to...
1. http://-maisya-.blogspot.com/
2. http://sweetlillykitchen.blogspot.com/
3. http://yummylicious-jun.blogspot.com/

August 26, 2008

Award

Award dari Kak Lin http://kaklins-gallery.blogspot.com/..Terima kasih Kak Lin ingat kat diri ini terharu Bal.Bal memang suka jenguk blog Kak Lin yg cantik dan best tu.Award ni Bal Nak hadiah Kepada blog yg kerap Bal singgah krn best arr masakannya.. Dipersilakan

1)Kak Maisya-http://-maisya-.blogspot.com/
2)Kak Jun-http://yummylicious-jun.blogspot.com/
3)Kak Dee-http://www.deeyanas.blogspot.com/
4)Kak Nina-http://sweetlillykitchen.blogspot.com/
5)Kak Kacip-http://kacip.blogspot.com/








August 25, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat Menyambut Hari Ramadahan dan Happy birthday To me (yesterday)..He.he da menginjak dewasa..Usually bila nak birthday Bal demam.. tahun ni Bal demam terperanjat.. Saturday Me & Kakak X-cdent. Kancil yg di pandu Kakak Bal di langgar Lori. Alhamdulillah segala2 Selamat. Sempena menyambut Ramadhan Tahun ini Bal mohon maaf kiranya ada titipan yg menyinggung perasaan pengunjung2 dan kawan2 Tercinta..Love U All. Semoga Kita Dapat menyempurnakan Ibadah Puasa.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

August 19, 2008

Vanilla Cupcake

u


Brownies


Bal buat brownies ni lebihan dr coklat bal buat topping cake coklat , Nak makan ngan roti gitu tak lalu..Resepi ni Mail dr Ahli R-net..yg ini Bal buat ikut bahan ada kat rumah. Kalu nak ikut semua bahan memang kadang2 membantutkan semangat nak buat.So apa yg ada ..
Chocolate Brownie
sumber: Women's Weekly Bestfood desserts
150g butter, chopped
300g dark eating chocolate (200g yg da bercampur susu dan mentega)
1 1/2 cawan (330g) firmly packed brown sugar (315g ni pun rasa manis lagi)
4 eggs, lightly beaten (telur tinggal 2 biji je)
1 cawan (150g) tepung biasa
1/2 cawan (120g) sour cream ( x de kat rumah ni)
1/2 cup (75g) toasted hazelnuts, chopped coarsely ( x letak)
* Bal tambah 75Gm coco powder
1. Panaskan oven 180 - 190 C. Grease 20cm x 30 cm pan, alas dan grease base dan tepi.
2. Cairkan chocolate & butter - small saucepan atau double-boil. Alihkan ke bowl.
3. Gaulkan gula dan telur ke chocolate tadi, lepas tu tepung, sour cream and hazelnuts.
4. Tuang dan ratakan di pan. Bakar selama 30 minit. Sejukkan di pan. Potong kepada 16 pieces
P/s: Bal x de loyang saiz tu guna 9" x 9" x 1"
Pengkritik Bal kata lbh sedap dr yg guna mix kat tmpat keja dia.

August 11, 2008

Deco Cake


Actually ini adalah Kek pertama Bal deco tanpa guru di sisi setelah hampir 2 tahun Bal duk memerhati hik..hik2...dan dlm tempoh tu juga Bal pernah attend kelas ngan Chef Annuar, Pn Pauziah, Pensyarah Politeknik (sayang Bal lupa namanya, orgnya cantik) ,dan Kak Ayu..Mula2 dulu bosan gak krim yg berminyak2..skrang syok lak..Baru kini Bal nak praktikkan apa yg di pelajari,,mungkin ada yg da terlupa. Tp x pe Bal try rewind balik..hu.hu
Kek ni Bal buat sempena hari lahir Fiance. Resepi Kek Bal guna Kek Coklat Bebop. Topping coklat masakan, susu cair dan butter..Buttercream lak just ikut bhn yg ada kat rumah coz Bal x sempat nak li bahan2..Kemudian lebihan Kek tu Bal jadikan Cupcake ingat nak hias jugak..tp sekejap je cupcake tu da lesap..tika Bal Deco kek ni..kakak Bal sempat tanya ingat tak dulu masa Bal buat kek coklat bantat siap ngan buttercream..Bal balas Ingat...Mak Bal suh kakak Bal bwk balik asrama dia x mahu..malu arrr sbb katanya Kalu kek tu balik ke dinding boleh melantun balik..he.he.Kalu x silap masa tu umur Bal 10-11 tahun..Malah dlm proses masak tu Oven berasap2..rosak da,..Abag Bal nampak oven berasap dia kata kek ko da hangus..tp tak hangus walaupun naik dan boleh di makan.. kek tu terlalu padat..memang sah baling ke dinding x pecah..duk krn excited nak boh Bc..lum sejuk sepenuhnya Bal da letak..bila nak mencair cepat2 masukkan peti ais..Tika tu plastik isi air Bal jadikan piping bag..Masa tu kecil hati gak Abg,kakak Bal gelak sakan. Tapi ia merupakan kenangan yg paling manis Buat Bal..oppp sorry panjang lak cerita.

Buttercream

200 g butter
50 g Shortening
3 sudu makan gula aising
50 ml susu pekat

Cara:
Pukul semua bahan hingga putih




Laksa Johor



Bal rindu ngan laksa jiran Bal..tiap2 tahun bila dia buat rumah terbuka Bal mesti dtg semata2 nak menikmati laksanya..he.he tp da 2 tahun dia pindah so tak dptla makan Laksa yg sedap tu.
Jadi Bal minta akak Bal call minta resepi dia..secara rambang..actually Bal buat x sesedap jiran Bal.

Laksa Johor

Spageti rebus letak sedikit minyak dan garam

Bahan Kuah:

lada kering
bwg putih
bwg merah
serai
halia sedikit
belacan
kerisek
-di blender dan tumis hingga naik bau
kemudian masukkan
isi ikan kembung/tengggiri/sardin
air asam,garam secukup rasa
masukkan santan masak hingga mendidih

nak sedap lagi masukkan serbuk kari ikan.

Bahan Sambal:

Sambal belacan
lada besar
gula
garam

Bahan Ulam:

Timun
Taugeh
Bawang Kuning
Limau Kasturi



Puding Buih


Bal x pernah makan puding buih..so cuba buat..tapi yg Bal buat ni x menjadi kot,,maybe tak pukul kembang2. Kalu Bal telek gambar mereka yg jadi teksturnya halus..yg Bal nyer siap terbahagi 2..he.he. Resepinya Bal copy saja dr myresepi.

Puding Buih
Sumber Nor_67 myresepi

1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

UTK MEMBUAT KUAH:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..

August 7, 2008

Award lagi

Dari Kak Maisya..http://-maisya-.blogspot.com/
Tq Kak Maisya..Very appreciated that. Terima kasih juga ingat kat Bal.
utk rules 7 org.. tu..hu.hu x cukup. Dan yg kat bwh ni jgn lupa pilih 7 blogger

-Kak Nina http://sweetlillykitchen.blogspot.com/
-Kak Dee http://www.deeyanas.blogspot.com/
-Kak Lin http://kaklins-gallery.blogspot.com/
-Kak Dayang http://dayangkek.blogspot.com/
-Kak Jun http://yummylicious-jun.blogspot.com/

Award

Award dr SL or Kak Nina, Tq Sis.Very appreciated that...Tp Bal lum cukup creative lagi..
So Bal panjangkan pada

1) Kak Maisya

2) Kak Dee


p/s: Ambil tau...


July 29, 2008

Kuewtiaw dan Nasi Ayam





Ahad lepas..hu.hu skrang da Hari Jumaat .. Bal pergi Danga Bay..Pesta Floral..pagi2 lagi Bal da masak nasi ayam dan kuewtiaw...kedua2 masakan ni request dr Adik ..Sblm Bal pergi Danga Bay Bal siapkan dulu kemudian Bal packing utk Makan Kat Danga Bay..he.he save skitkan...
Bal terlupa ambil gambar nasi ayam kes nak cepat..lagipun semua org da ready nak makan..iskk duk ambil gambar je..he.he..Yg ni tak de resepi sbbnya kalu masak nasi Bal still guna cara org dulu2 guna ruas jari sukat air..begitu juga kuewtiaw..Bal guna lada yg da siap blender..simpan dlm peti ais..just ambil beberapa senduk jika nak gunakan. dan tambah bhn2 yg diinginkan..
Nasi ayam Bal tawar..Bal ni fobia skit kalu masukkan garam dalam nasi..tawar still boleh makan..kalu masin ada cara utk mengatasinya??..buat Nasi goreng ok kot..Nasi Ayam tawar. Bal masinkan skit kuah sup..Em...balance..


July 22, 2008

Kelas Kak Ayu

Pada hari pertama pagi2 lagi Bal da siap nak p kelas Kak Ayu yg bermula jam 12tghari..Kul 10pg Fiance Bal call Ada tempahan Roti yg perlu disiapkan ..em..lum campur jem lagi kat kastam.Bal da sebak sensorang...actually Bal excited sangat nak belajar dan bertemu Kak Ayu (loveliana).Kul 1 ptg sampai gak kat Kat Tampoi Indah..Sampai saja Kak Ayu terus mengajar..Then terhasilla Kek bertemakan Naruto ni,,Bal happy sgt.

Hari Kedua, Bal belajar 2 tier steam bc..Bertambah2 happy bila Kek ni cantik saje berdiri,,he.he.Kak Ayu sabar saja melayan kerenah Bal yg nak belajar bunga2.

Dan Yg ini Bal sebenar tak sangka Kak Ayu memberikan kepercayaan kat Bal bagi sentuhan menghias Kek ni..Terima kasih banyak-banyak. Ia pengalaman yg cukup berharga.Malah membina keyakinan diri Bal.

Dan Yg itu..Wajah2 Kami letih dlm riang...
Terima Kasih lagi Kak Ayu memberi pelbagai Tip yg mudah utk difahami serta terima kasih juga Kak Ayu x jemu2 menjawab pelbagai pertanyaan, kebaikan & keikhlasan Kak Ayu hanya Allah saja yg dapat membalasnya.
Semoga dimurahkan Rezeki dan harap berjumpa lagi.
Tak lupa juga utk Puan Penganjur Pn.Nana Terima Kasih segalanya.