Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

January 11, 2014

Bertahun-tahun

Salam sejahtera.
Bertahun-tahun tak update..ok slalu jengah tapi untuk dapatkan mood menaip..x mudah. Kadang x de idea yg kunjung tiba. Dan tiba-tiba sewaktu hujan renyai ni..nak cerita tang background yang da lama tukar..cantik pada pandangan mata saya..Tq hoyahadis..Cuma tiba-tiba hari ni di bulan  Jan 2014 ,,bila berganjak tahun tentu ada pertambahan umur..Saya rasa tergugat ha3..bln ogos genap 30 tahun..saya harus matang dalam emosi,komunikasi,ekspresi...wah2....
Saya bahagia melewati hari2 mendatang bersama suami dan anak2..tapi semua insan ada impian..ada harapan ada cita-cita..kalu tengok blog ni serius dgan baking.kawan seangkatan saya semua da tahap usahawan..saya terawangan2..ha3..ok sebenarnya mngkin saya x fokus satu bidang..tambahan pula bersama sikecik yg manja buat saya senang habiskan masa sama mereka ..sangat sayang lepaskn saat-saat bersama mereka..sangt berterima kasih pada en suami yg mendorong saya resign..bukan sesuatu yg mudah utk saya melepaskan gaji yg time bonus hampir jejak Rm xxxxx.xx. si yes tentu saya seorang yg boros...setiap tahun hadiahkan diri sendiri gadget yg di gemari..gila gadget...anak yang sulung bln 5 masuk 3thn..so itulah tempoh saya meninggalkan alam kerja makan gaji. Actually memng satu keinginan saya dulu nak jaga anak2 sendiri.tapi sebenarnya tak mudah yang saya sangka..kerana anak saya yg sulung x mahu mix susu..ha2..ya mencabar juga menjaga si kecil..saya harap saya ibu terbaik buat mereka.membahagikan masa utk melakukan hobi yang disukai..kuasa kewangan terhad berbanding kerja dulu..tp en suami sangat memahami jiwa keborosan isterinya..Tq dady..actually saya bkan boros barang mewah..tapi utk diy hobi2 saya.so hampir genap 3 tahun saya semakin dapat mengimbangkan keadaan yg seperti saya inginkan..Alhamdullillah

December 1, 2012

Kembali

Salam Sejahtera..

Sangat lama blog ini terbiar, akhirnya membuat keputusan menghidupkan kembali.Blog lagi satu berkaitan craft delete sudah.Manage satu blog je senang..Lagipun tak pandai nak karang ayat bagai..Rasa macam kaku pun ada,,Insyallah akan update tentang aktiviti yang saya minati.,bukan berkaitan masak sahaja.Actually saya nak jadikan blog ini sebagai catatan kenangan dalam aktiviti saya.Sesiapa yang sudi menjengah silakan...
Berhenti berblog dalam masa yg panjang..ingin saya ceritakn berpindah duduk dengan suami, barang2 dari kecil hg dewasa angkat semua..sambil pilih utk disimpan dibuang.hah diam x diam da pregnant x abis2 kemas.Resepi yg selama ni duk print simpan ikut ketogeri..majalah, barang kraft.senang kan bila nak cari.itu pun kadang semput nak cari..hah letak label baru senang.Bila kelam-kabut terabur balik..
Tapi since bergelar Ibu.saya akui segalanya perlu teratur.jika tidak x sempat nak ada ruang sendiri. Sejak Kandungan mencecah 7 bulan, saya ambil keputusan resign.Keputusan itu disambut senyum lebar En.suami yg mahu saya membesarkan sendiri anak2. Actually cita-cita utama saya dulu jadi surirumah.hee pelikkan.tapi x pena cerita pada sesiapa cita2 saya..mahu ada gulin2 ketawa,.kerana saya lihat Rutin mak saya menarik..masak,menjahit,.bertani..membuat belacan untuk dijual.Seriusly saya x tahu semua ni penat. yg tahunya seronok mengikut aktiviti Mak dan Arwah Ayah saya. Mungkin pada ketika tu saya tiada lagi "Tanggungjawab". Jika saya ikut Arwah Ayah menangguk udang, menoreh getah..jengah  kambing dan lembu..Superkan,,
Saya fikir, saya perlukan tumpukan pada satu  aktiviti je..tapi tetap suka..baking,sewing and crafting .Semuanya perlu Masa untuk menelaah satu persatu. Kawan2 seangkatan baking semua da jauh maju..sangat maju, saya boleh diketogeri masih tertinggal di perhentian.
Saya sering di tegur buat apa macam2.kan x nampak hasil yg memberangsangkan.Cuba tumpu pada satu perkara ja.
Mungkin teguran itu betul..tapi saya jenis cepat jemu..Jika saya berjaya disalah satu bidang saya ceburi..itu adalh "bonus", yang pasti saya suka menyibukkan diri..ha3..kadang2 takut juga faktor umur..sampai bilakan.

October 7, 2010

Online

Salam Sejahtera..saja mengisi blog yang kosong ini..sebenarnya kian terasa bosan apabila di office tak boleh buka setengah blog list yang menjadi santapan mata, blog yang berat nak loading pun aha...melayan la hang pula.Kira ok la kan dpt gak online.Nak buat mcm mana sekarng orang da pakai window versi terkini, nasib badan masih pakai window 98, gara2 Acc Pacc just boleh support dlm w98. Skrang menimbulkan masalah lagi komputer terkini da x support window98.(menurut kata tukang jual komputer tu la)..saya anguk2 saja.
Kalu dulu berkobar-kobar nak pakai bb..makin di tangguh terasa malas pula..hik.hik.Ooo tak boleh begitukan, Hidup perlu di teruskan..hoho..ada kaitankah..
memandangkan idea x keluar untuk meneruskan taipan,sebenarnya entry ni lbh menjurus kepada rindu ingin melawat blog2 yang menjadi inspirasi..walaupun pasti satu hari nanti mesti memiliki bb..khuatir masa pula kurang mengizinkan.kenapa?...kena pula belajar mengisi masa bersama si kecil..Insyallah.

May 24, 2010

Update Sempena Anniversary

Tajuk dengan entry macam tak ngam je ..heheh.
Entry kali ni..just nak memperkenalkan blog baru..Aura kasih (clik situ ya). Jika ada yang berminat nak buat tempahan  boleh rujuk di sana. Blog itu pun di update Adik Bal, nak tunggu ada line streamy em..bila agaknya, nak pakai broadband hati setia kat streamyx.
                                                   Aura Kasih
Terima Kasih buat suami tersayang (baker), keluarga dan buat teman-teman baking memberi sokongan dan dorongan, baru kini Bal berani mengambil tempahan secara telus, setelah ada perkembangan baik tahap kesihatan Bal.Alhamdulillah.
Ok..nanti jgn lupa jenguk ye..nak buat promotion sempena pembukaan blog baru belum berkesempatan, kerja-kerja di office agak banyak kebelakangan ini. Insyallah, jika berkesempatan Bal akan update.

September 16, 2009

Kad Raya

Tq Zanie....Selamat Hari Raya Buat Zanie Sekeluarga

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri,Setahun Hanya Sekali Merayakan Hari yang Mulia ini .
Jom berkemas Balik kampung..hikss..Berhati-hati di Jalan Raya dan memandu dengan berhemah menuju kampung halaman nun di sana, Sempena menyambut Aidilfitri Bal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua...Semuanyala... Dan Bal juga mohon maaf Jika ada silap dan Salah..

August 23, 2009

Bertemu Kembali

Bertemu Kembali Ramadhan Al-mubarak, Di kesempatan ini Bal ingin Mengucapkan Selamat Berpuasa Kepada kawan-kawan dan pengunjung yang sudi menjengah di sini. Bal juga memohon maaf andai ada terkasar bahasa berinteraksi dan andai ada tulisan Bal di sini menyinggung perasaan.
Selamat menjalani Ibadah puasa

August 7, 2009

Detik Raja Sehari


Sempena Hari Lahir Hb, Bal upload gambar masa sanding untuk tatapan, ni pun Bal ambil dari Fs member Bal, kalu tunggu dari Kamera Bal, khuatir lak da basi,,Tak tahu la nak story apa,Gambar yg bwh sekali tu,,Org kuat tika majlis, tunggu pengantin lelaki sampai mengantuk da mak sedara ku. Em okla kita Cerita sikit, Hampir 7 tahun bercinta,dlm tempoh itu juga bertunang 2-1/2 tahun, Kami pun mengikat Ikatan yang Sah. Pada 24/05/09, dan bersanding pada 31/05/09. Macam mana boleh bercinta? entahla suka-sama suka kot. har.har..Yang Pasti Bal berterima Kasih pada Hb yg sabar terima segala kerenah diri ini, seperti pasangan lain, kami juga menghadapi dugaan untuk disatukan sebagai suami isteri. Alhamdulillah kuat jodoh kami dan berharap selepas ini kami berjaya mengharungi fasa kehidupan yg seterusnya..Doakan kan kami dapat timang cahaya mata dan Doakan Perkahwinan ini mendapat kebahagiaan dunia Akhirat.

July 2, 2009

Ku cuba kembali

Salam semua, bila terpandang tarikh uishh lama gak Bal tak update blog ni, berpindah ke rumah baru, Bal belum pasang tenet, nak entry gambar wedding pun kat tempat keja ni Bal tak tahu nak cucuk mana, dan yang malasnya memanjang je hang.
Ok Firstly Tqvm buat kawan-kawan yg wish kat Bal, Tq.tq. yang susah2 pos Hadiah Tq ye,, Kak Aidaroha, Kak Ida Cake..dan pada Kak Hasnee yg sudi datang..Terharunya...
Alhamdulillah segalanya selesai, meskipun pada Bal majlis Bal agak kelam kabut. Kecewa dengan tempahan andaman yg kami bayar mahal utk dptkan yg terbaik, Tapi mak andamnya sambil lewa.Namun terubat jua, pabila andaman majlis sebelah lelaki jauh lebih baik meskipun simple saja. Disamping tu,
Bal juga ingin merakamkan Jutaan Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak di atas menjayakan majlis tersebut. Buat Family Bal, Family sblh Hb Tqvm, memberi yang terbaik Untuk Kami.

April 23, 2009

Announcement

Bal nak Buat Pengumuman.
Jemput semuanya hadir Ke Majlis Perkahwinan Bal bertarikh
31/05/09 - Ahad
di Kota Tinggi
Datang Ek, Bal jemput semua ni..Jgn tak datang..x kira luar Johor ke yg area Johor lagila mesti datang.ha..ha.mcm satu paksaan.
Harap Sudi Email Bal bagi adress, Bal nak pos kad jemputan. Khusus utk rakan seperjuangan di Jb, Adress da ada dlm simpanan Bal..he.he.Datang k.
Actually Tempat kelahiran Bal ni sebuah kampung, Nun di Kota Tinggi, merupakan tempat bersejarah, Pernah menjadi ibu Negeri Johor suatu ketika dulu
ada Sungai Johor, ada muzium dan kubu pertahanan. Kampung ni sebuah perkampungan kecil
promote kampung kelahiran sekali, mana tahukan cuti-cuti sekolah nak bawa anak jalan-jalan.
Bagi adress ye..Email Bal
harmonygallery@yahoo.com

February 18, 2009

Mogok..

Rasa mcm lama benar x update....lebih2 ngan rumah sblh hobi..Hari ini just cerita ceriti tentang Bal saja na. 10 Feb lalu sepatutnya Bal mendaftarkan diri sebagai pelajar Bakeri. Tetapi Bal terpaksa lupakan saja keinginan Bal tu, coz byk benar perkara yg menanti Bal di sini.
Actually sedih gak..tu yg mogok x buat apa2..he.he.x tahu berapa lama mogok..Tp moga diri ini diberi kekuatan.

Ok stop la cerita sedih-sedihan ni...kalu ada rezeki tak ke mana kan..yg penting "usaha"..hidup Bal..ha.ha.
Lately Bal busy ngan aktiviti di sini..Hobi.so jika sudi..jenguk la.. lum update terbaru lagi..nak update pun tunggu line clear..coz anak sedara Bal tengah lasak..x sampai hati nak marah2..ho.ho budak2 kan..lebih2 mudah benar Bal cair ngan keletahnya.
..
Oh ye, sebelum terlupa Jom kita pergi tengok pesta layang-layang..

February 5, 2008

Pendahuluan

Salam sejahtera.
Blog ini di buka utk rujukan saya yg masih merangkak dlm dunia masakan dan juga hasil sentuhan yg tak seberapa dr saya.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua empunya resepi yg memaparkan resepi diblog2 dan forum dan di mana jua yg secara tidak langsung memberi saya semangat utk mencubanya dan memuatkannya di sini.Semoga dimurahkan rezeki kalian.Terima kasih juga sokongan dan dorongan yg diberikan teman-teman.Hanya Allah saja yg dpt membalas kemurahan hatimu.
Selain itu juga sudi-sudi la kiranya memberi saya tunjuk-ajar.

Terima kasih