Showing posts with label Aneka Puding. Show all posts
Showing posts with label Aneka Puding. Show all posts

January 5, 2009

Rich Choc Pudding


Puding yg kaya rasa coklat..,Bal buatkan utk anak2 babysister yg jaga anak sedara Bal, Akak tu rajin bagi mee, kuih- muih. Segan lak jika tak balas.. Bal copy dari SL a.k.a Kak Nina..Bal nak copy dari rumah Kak Jun tak jumpa..maybe terlepas pandang coz penuh kuih muih rumah Kak Jun tu.


Sumber: Kak Jun Yummylicious
Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara membuatnya:-
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih. - Masukkan butter, kacau hingga pekat. - Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Tips dari kak jun:
untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Puding Jagung

Entry Lalu...Lepas Bal wat cupcake Bal nak pergi KL, Bal pergi KL ikut tunang antar Mak dan Abahnya pergi menunaikan Ibadah Haji..Bal jarang p KL ni baru 3 kali.. Tak tahan melalui tempoh perjalanan yg lama..Parent Tunang Bal pun da nak kembali semula ke tanahair..Bal baru nak masuk entry puding kenduri sblm berlepas..Berkenan ngan puding jagung Kak Kacip, Bal buat 2 aduanan.khuatir gak lembik.. coz lagi 3 gram agar2 tak cukup, teruskan juga..Still ok..tp terserlah kelembutannya..part kastard lak Bal tak gemar baunya so Bal gantikan tepung jagung.

Sumber: http://www.kacip.blogspot.com/

PUDING JAGUNG
Bahan-bahan :

20 gm agar-agar strips
4 1/2 cwn air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
2 bj telur
1/2 cwn tepung kastard, dicampur dgn sedikit air, dikacau dan di tapis
secubit garam
1 cawan gula
1 sdt esen jagung

Cara-cara:
-1. Rendam agar-agar dgn air selama 1 jam. Kemudian masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula hancur. Perlahankan api.
3. Di dalam mangkuk, pukul telur menggunakan garfu. Ketepikan.
4, Di dalam mangkuk lain pula, campurkan jagung krim, susu cair, garam, telur yang dipukul dan juga tepung kastad yang sudah ditapis. Gaul sehingga sebati kemudian di tuang ke dalam periuk agar-agar sambil dikacau. Tuang esen jagung.
5. Adunan ini perlu dikacau sentiasa sehingga pekat. Tutup api dan bolehlah di tuang ke dalam loyang dan biarkan sejuk dan mengeras barulah dipindahkan ke dalam peti ais

August 11, 2008

Puding Buih


Bal x pernah makan puding buih..so cuba buat..tapi yg Bal buat ni x menjadi kot,,maybe tak pukul kembang2. Kalu Bal telek gambar mereka yg jadi teksturnya halus..yg Bal nyer siap terbahagi 2..he.he. Resepinya Bal copy saja dr myresepi.

Puding Buih
Sumber Nor_67 myresepi

1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

UTK MEMBUAT KUAH:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..