March 6, 2008

Carrot Cake

Sedap kek karot ni, Selepas Bal jalan-jalan kat rumah Sweetlily dan kak Maisya, Berkobar-kobar Bal nak buat.
Kek ni merupakan kenangan terakhir Bal ngan Arwah ayah, yg sentiasa bagi komen membina kat Bal. Arwah menghidap lemah jantung kami hanya mengetahui selepas Raya haji 2007 degup jantung tinggal 25% (masa raya haji Arwah still boleh tangkap lembu untuk korban).Arwah kerap buat pemeriksaan hospital sepanjang 20 tahun sbb semput x pernah doc cakap sakit jantung, jadi selama ni menganggap semput. Hari yang terakhir dan juga genap seminggu di hospital buat kali ke-3, Arwah kembali ke Pencipta Alam ini.
Al-Fatihah Untuk Ayahanda tercinta Hj.Hasan Bin Thaneer
Carrot Cake
by Suria from RNet
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 ½ cawan minyak
120g gula halus
120g soft brown sugar
2 cawan carrot yang diparut
Diayak
250g tepung gandum
1 sudu teh cinnamon powder
2 sudu teh soda bikarbonat
garam
100g walnut cincang
Cara:
Pukul kuning telor, campur minyak, gula, carrot dankacau sebati dan masukkan walnut dan akhir sekalimasukkan bahan-bahan kering yang lain. Kacau perlahan guna senduk kayu.
Di mangkuk lain, pukul putih telor sampai kaku dancampurkan ke dalam adunan tadi. Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit.
Cream Cheese Frosting:
120 gm butter
250 gm cream cheese
120 gm icing sugar

Cara:
Bahan-bahan diatas dipukul bersama sehingga sebati, boleh sejukkan dalam peti sejuk dan bila sedia untuk menghias kek boleh sapukan frosting atas kek yang telah siap dibakar.

0 comments: