December 6, 2008

Kek Gulung


Bal tak pernah buat kek gulung ni, bila nampak banyak blog ada kek ni Bal pun try la..Tapi bila lihat arahan guna api atas bawah.. takut gak Bal nak memcuba. Coz Bal just ada oven Kek lapis Sarawak.. Tapi cuba gakla..em byknya tapi...
Bal berani kan jugak buat..inilah hasilnya..belum sempat sejuk da letak inti..Bal guna Jem bluebery..Abaikan corak yg semacam je tu...banyak la pulak terasingkan utk corak..x mahu membazir Bal campurkan saja..
Resipi Bal copy dari blog Kak Maisya yg Rajin memasak ....

Kek Gulung Batik
posted by Ahpek at FNR
Bahan-bahan(loyang 36x36cm)
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovallete
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya
Cara-cara
- Telur,gula,ovallete,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata.
- Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius, api atas dan bawah.

0 comments: