July 22, 2008

Kelas Kak Ayu

Pada hari pertama pagi2 lagi Bal da siap nak p kelas Kak Ayu yg bermula jam 12tghari..Kul 10pg Fiance Bal call Ada tempahan Roti yg perlu disiapkan ..em..lum campur jem lagi kat kastam.Bal da sebak sensorang...actually Bal excited sangat nak belajar dan bertemu Kak Ayu (loveliana).Kul 1 ptg sampai gak kat Kat Tampoi Indah..Sampai saja Kak Ayu terus mengajar..Then terhasilla Kek bertemakan Naruto ni,,Bal happy sgt.

Hari Kedua, Bal belajar 2 tier steam bc..Bertambah2 happy bila Kek ni cantik saje berdiri,,he.he.Kak Ayu sabar saja melayan kerenah Bal yg nak belajar bunga2.

Dan Yg ini Bal sebenar tak sangka Kak Ayu memberikan kepercayaan kat Bal bagi sentuhan menghias Kek ni..Terima kasih banyak-banyak. Ia pengalaman yg cukup berharga.Malah membina keyakinan diri Bal.

Dan Yg itu..Wajah2 Kami letih dlm riang...
Terima Kasih lagi Kak Ayu memberi pelbagai Tip yg mudah utk difahami serta terima kasih juga Kak Ayu x jemu2 menjawab pelbagai pertanyaan, kebaikan & keikhlasan Kak Ayu hanya Allah saja yg dapat membalasnya.
Semoga dimurahkan Rezeki dan harap berjumpa lagi.
Tak lupa juga utk Puan Penganjur Pn.Nana Terima Kasih segalanya.




0 comments: