Donut..oh donat...alahai da edit2 tiba hilang lak...yg ni Bal guna resepi dari my resepi..lbh kurang ngan yg Bal selalu buat..cuma biasa Bal tak letak telurDonut
iezamel78@myresipi.com
Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) Bal guna 3 sudu
3 sudu besar susu pekat manis - Bal guna susu Tepung
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur
Cara-cara
-Cairkan mentega dan ketepikan.
-Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
-Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
-Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
-Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
-Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...











































Kek ni Bal buat sempena hari lahir Fiance. Resepi Kek Bal guna Kek Coklat Bebop. Topping coklat masakan, susu cair dan butter..Buttercream lak just ikut bhn yg ada kat rumah coz Bal x sempat nak li bahan2..Kemudian lebihan Kek tu Bal jadikan Cupcake ingat nak hias jugak..tp sekejap je cupcake tu da lesap..tika Bal Deco kek ni..kakak Bal sempat tanya ingat tak dulu masa Bal buat kek coklat bantat siap ngan buttercream..Bal balas Ingat...Mak Bal suh kakak Bal bwk balik asrama dia x mahu..malu arrr sbb katanya Kalu kek tu balik ke dinding boleh melantun balik..he.he.Kalu x silap masa tu umur Bal 10-11 tahun..Malah dlm proses masak tu Oven berasap2..rosak da,..Abag Bal nampak oven berasap dia kata kek ko da hangus..tp tak hangus walaupun naik dan boleh di makan.. kek tu terlalu padat..memang sah baling ke dinding x pecah..duk krn excited nak boh Bc..lum sejuk sepenuhnya Bal da letak..bila nak mencair cepat2 masukkan peti ais..Tika tu plastik isi air Bal jadikan piping bag..Masa tu kecil hati gak Abg,kakak Bal gelak sakan. Tapi ia merupakan kenangan yg paling manis Buat Bal..oppp sorry panjang lak cerita.







Ahad lepas..hu.hu skrang da Hari Jumaat .. Bal pergi Danga Bay..Pesta Floral..pagi2 lagi Bal da masak nasi ayam dan kuewtiaw...kedua2 masakan ni request dr Adik ..Sblm Bal pergi Danga Bay Bal siapkan dulu kemudian Bal packing utk Makan Kat Danga Bay..he.he save skitkan...


Dan Yg ini Bal sebenar tak sangka Kak Ayu memberikan kepercayaan kat Bal bagi sentuhan menghias Kek ni..Terima kasih banyak-banyak. Ia pengalaman yg cukup berharga.Malah membina keyakinan diri Bal.
