December 24, 2012

Gubahan Bunga


Saya rasa saya tak de bakat dalam menggubah bunga, tak pernah terfikir boleh terjebak dalam menggubah bunga..kalu tanam bunga tu bolehla...Dalam rumah saya x de bunga, sebab bagi saya habuk akan melekat kat bunga, kemudian bunga di basuh atau di buang. Pasti yang ada bunga di rumah orangnya rajin. Bila cikgu saya bagi tugasan buat gubahan bunga untuk masuk bertanding..waawaa...penat jua memerah idea. Cari bunga yang  semudah mungkin..kerana saya pasti si kecil saya turut membantu...he3 itu sudah pasti.
Akhirnya saya buat bunga carnation dan ros..sampai tempat bertanding tak sangka ramai yang bertanding.
13 orang peserta..tengok bunga peserta lain da give up...kerana smua cantik-cantik belaka. Saya tak target untuk menang...tapi mengharap dapat pulang bawa hadiah untuk kenangan.ha3.
Saya di beritahu top 5 akan mendapat Hadiah.Nasib menyebelahi saya...saya dapat pulang bawa hadiah kerana saya dapat no.4. Saya menggunakan kertas tisu untuk carnation.Rose kertas  crepe.

0 comments: