December 26, 2012

Cooking Competition

Terjebak lagi..Jumaat lepas dalam jam 11 pagi..calling dr my dearest teacher...Zai awak tak datang2 kelas pun..wawa..sejak akhir-akhir ni  kuat membuta.Kalu tak membuta kepala pening...inila ada efek dari buatan orang yang bernama SuamiIsteri he3...Aqil bakal mendapat Adik..Setakat ni saya cuba tidak berkata tidak setiap tugasan yang di beri..So masakan bertema Kerutup dan kuih berasaskan tepung pulut.
Esok awak siap jumpa kat Kip Mart jam 11 pagi.....Selepas orang solat Jumaat bawa Aqil beli bahan-bahan. Si kecil tu seronok bila di bawa jalan.
Jam 5 ptg saya menerima tetamu hampir 20 orang..ibu mertua dan ipar2 dan anak sedara sampai. Saya bernasib baik mak tersayang ada di rumah, saya sedang bermanja-manja dengan beliau,sejak 2 minggu lalu, maklum la kali ni ayam,ikan,telur saya tak boleh telan, terasa letih badan tambah Aqil yg masih Bf dan sedang Lasak..Saya gagah siapkan menu malam walaupn kaki da hampir cramp..Hanya, ayam asam pedas, sayur sawi dan ikan goreng.Sambil tu saya tertanya-tanya adakah tetamu saya akan tidor disini..Jam 10malam mereka berangkat,,Saya bernasib baik, jika tidak saya tak tahu apa jadi dengan program keesokan hari. Setelah mereka balik saya just kumpul semua pinggan kotor. Benar-benar tak larat untuk settlekan..tapi kedengaran Mak saya sedang mengemas...walaupun saya menegahnya..Sayang Makkk..
Pada Hari pertandingan...selepas  solat subuh jam 6pagi  saya tidur semula....wawaa saya betul-betul penat...nasib baik jam 7.30 larat buka mata..
berbalik pertandingan...Ayam masak kerutub sebenarnya air tangan gabungan saya dan mak..maka saya tak heran jika dapat naib johan..sebab mak memang power bab masak ala2rendang. Saya sangat suka masakan  Mak saya...kerana tiada tandingan yummy... Part kuih tepung gomak,,hanya dapat saguhati. Sebenarnya saya x kisah bab menang atau kalah bagi saya ia permulaan yang baik. Jika lihat pada gambar terlalu simplekan hiasannya...saya tak terfikir nak buat hiasan yang menarik memandang masa dan tenaga saya agak kritikal..he3..Saya hanya insan  biasa.Actually semua hidangan wajib letak resepi...Saya sendiri tak perasan sampai tempat bertanding Resepi bahagian inti tepung gomak saya tidak taip..kih3..Apa da jadi..

0 comments: