December 13, 2008

Donat

Donut..oh donat...alahai da edit2 tiba hilang lak...yg ni Bal guna resepi dari my resepi..lbh kurang ngan yg Bal selalu buat..cuma biasa Bal tak letak telur

Donut
iezamel78@myresipi.com

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) Bal guna 3 sudu
3 sudu besar susu pekat manis - Bal guna susu Tepung
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
-Cairkan mentega dan ketepikan.
-Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
-Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
-Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
-Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
-Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...


December 6, 2008

Bingka Labu


Bingka Labu.. Bal suka makanan ada labu2 ni...pena satu hari dpt labu besar..Hasil Tanaman Mil abg Bal ...Buatla koci labu..bingka labu,lepat labu, bubur labu...ha.ha nyaris tak jadi labu..Labu yg ni terkena labu manis...dan lemak2..sedap bangat la bila da jadi kuih..
kena pandai pilih labu gak ni..Bal biasa pilih kulit cantik dan kilat..tak pandai sgt Bab pilih2.. bernasib baik sedaplakan.. tapi arwah ayah Bal kata if nak beli jenis buah2..jgn beli musim hujan..masam.. dan tawar.
Bingka Labu
Bahan-Bahan:
3 biji telur gred c
1 cawan minyak
370-400gm Labu rebus-dilecek
-Gaul sebati bahan di atas
1 cawan gula pasir
2-1/2 cup tepung
sedikit garam
-Gaul sebati dan campur dgn adunan Labu,gaul rata2
-Bakar hingga masak.
p/s-Bal suka bakar sampai coklat2..

Tag 'Work Station'

Ini tag daripada Kak Siti
Rules:snap work station andathen... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang dibuat nih...begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..


Tag dari Kak Siti. Sorry Kak Siti, Bal baru berkesempatan nak siapkan..he.he Tq
.Actually Bal tak de 'work station'. Laptop Bal ni, sekejap naik atas ..sekejap kat bawah...di mana2 saja Bal rasa selesa..wire telefon pun panjang so Bal boleh tarik ke mana2.. oleh kerana x de work station kdg2 malas nak buka Laptop ni..
7 org yg kena Tag.. rasanya da ramai dpt Tag ni...

Muffin Pandan Mayonis


If Bal malas2, Bal suka buat ramuan ini..simple dan sedap..kegemaran my sis..If nak perisa lain tukar la pandan paste,, Yg ni Bal pakai pandan paste beli ngan Kak Dee.. cap koepoe-koepoe..suka bau dia..Cupcake/muffin ni makan panas2 x rasa manis. if da sejuk.. manisnya datang..

Bahan-Bahan:
1-1/2 Cawan Tepung
2 tsp Baking Powder
1/2 Cawan Mayonis
3 Biji Telur gred c - Pukul Sedikit
1 tsp Pandan Paste
1/2 Cawan Minyak
1/2 Cawan Air Panas
3/4 Cawan Gula Castor
Secubit Garam
Cara-cara:
-Campurkan Air Panas, Gula & Minyak
-Gaul semua bahan kering, masukkan, pandan paste, telur dan mayonis
-Masukkan bahan campuran minyak, gaul sebati
-Bakar hingga masak anggaran 20minit - 180 darjah celcious

Kek Gulung


Bal tak pernah buat kek gulung ni, bila nampak banyak blog ada kek ni Bal pun try la..Tapi bila lihat arahan guna api atas bawah.. takut gak Bal nak memcuba. Coz Bal just ada oven Kek lapis Sarawak.. Tapi cuba gakla..em byknya tapi...
Bal berani kan jugak buat..inilah hasilnya..belum sempat sejuk da letak inti..Bal guna Jem bluebery..Abaikan corak yg semacam je tu...banyak la pulak terasingkan utk corak..x mahu membazir Bal campurkan saja..
Resipi Bal copy dari blog Kak Maisya yg Rajin memasak ....

Kek Gulung Batik
posted by Ahpek at FNR
Bahan-bahan(loyang 36x36cm)
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovallete
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya
Cara-cara
- Telur,gula,ovallete,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata.
- Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius, api atas dan bawah.

December 1, 2008

Cupcake





Gambar dia atas ni tempahan dr seorg customer Bal, seronok berurusan dgn beliau..Permintaan Yg simple mahukan edible image dan buttrcream berwarna hijau, Jadi Bal just mainkan ton hijau...Gambar tersebut juga Ehsan dr beliau,,Bal benar 2 tak sempat tangkap gambar, gara2 Bal mahukan semuanya fresh..pagi2 jumaat lepas Bal baru proceed proses buat bc dan mendeco,, Cadang utk 8 set 1 design,, sudahnya.. Bal hanya dpt buat 5 design..selebihnya semua mcm kat atas tu coz Bc lak meragam. Jika ikut perancangan awal tentu Bal tak kelam kabut..Tp tengahari tu nak bertolak Ke KL..Bal pun jadi Kabut....Start 6 pagi..siap segalanya Pukul 11.00..mcm lipas kudung jadinya nyesal tak bangun pukul 4.pg., panik sungguh Bal, apatah lagi Beliau da menunggu di tempat & masa yg ditetapkan.. Blum lagi part tunang Bal tak kunjung tiba,,argh,,mesti jem kat Kastam. Namun Bal Cuba pastikan Kekemasan sebaik mungkin. Apapun Bal berterima Kasih pada Pn Nora (nickname). Yg sabar Menunggu. Sokongan Puan amat di hargai, maaf jua sebarang kekurangan. Dan tak lupa jua Pada My sifu Kak Ayu..Thank you very much.