August 2, 2009

Roti dan Coklat


Wah..tengok gambar kat atas tu meriah, meriahnya..terasa rugi x bawa kemera, Apatah setiap kali ada Bal pergi menuntut Ilmu, kamera itu mesti ada. Kesal gak Bal pinjamkan kamera pada seseorg tapi janji nak pulangkan tak pulangkan tepat pada masanya..Gambar di atas ehsan dari guru yg mengajar Bal buat coklat dan roti..Shamin Bakery.
Kelas semalam di hadiri 4 org, Seronok sangat belajar ngan Kak Pah, tak jemu-jemu jawab pertanyaan dari Kami..he.he apatah lagi bila di terangkan sekali lambat beno faham..hahaha.Tapi Kak Pah tetap sabar melayan kerenah Kami, walaupun Kak Pah kurang sihat. Terima Kasih Kak Pah sudi meneruskan kelas ini. Em,,Belum abis cerita ni..Berkisar suasana kelas hand on ni, seronok melihat proses pembuatan roti,proses mengadun,teknik menguli hg licin, proses roti naik, di bakar dan sebagainya. Roti yang terhasil sedap dan menarik.
Untuk coklat,,sememangnya sedap coklat yg terhasil, Kak Pah turut mengajar packing coklat, meskipun nampak mudah letak coklat dlm papercup serta balut coklat pakai kertas timah, tp utk packing yg kemas bagi Bal mencabar jua. Sebelum mengakhiri entry hari ni,..eh mcm ucapan la pulak..hahha,abaikan gambar pembuat coklat yg cover nak gelak sakan.
Dan terima kasih sekali lagi utk Kak Pah Shamin Bakery..Ada Rezeki dan kelapangan, Insyallah Bal akan datang lagi utk agenda seterusnya.

July 2, 2009

Ku cuba kembali

Salam semua, bila terpandang tarikh uishh lama gak Bal tak update blog ni, berpindah ke rumah baru, Bal belum pasang tenet, nak entry gambar wedding pun kat tempat keja ni Bal tak tahu nak cucuk mana, dan yang malasnya memanjang je hang.
Ok Firstly Tqvm buat kawan-kawan yg wish kat Bal, Tq.tq. yang susah2 pos Hadiah Tq ye,, Kak Aidaroha, Kak Ida Cake..dan pada Kak Hasnee yg sudi datang..Terharunya...
Alhamdulillah segalanya selesai, meskipun pada Bal majlis Bal agak kelam kabut. Kecewa dengan tempahan andaman yg kami bayar mahal utk dptkan yg terbaik, Tapi mak andamnya sambil lewa.Namun terubat jua, pabila andaman majlis sebelah lelaki jauh lebih baik meskipun simple saja. Disamping tu,
Bal juga ingin merakamkan Jutaan Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak di atas menjayakan majlis tersebut. Buat Family Bal, Family sblh Hb Tqvm, memberi yang terbaik Untuk Kami.

April 23, 2009

Announcement

Bal nak Buat Pengumuman.
Jemput semuanya hadir Ke Majlis Perkahwinan Bal bertarikh
31/05/09 - Ahad
di Kota Tinggi
Datang Ek, Bal jemput semua ni..Jgn tak datang..x kira luar Johor ke yg area Johor lagila mesti datang.ha..ha.mcm satu paksaan.
Harap Sudi Email Bal bagi adress, Bal nak pos kad jemputan. Khusus utk rakan seperjuangan di Jb, Adress da ada dlm simpanan Bal..he.he.Datang k.
Actually Tempat kelahiran Bal ni sebuah kampung, Nun di Kota Tinggi, merupakan tempat bersejarah, Pernah menjadi ibu Negeri Johor suatu ketika dulu
ada Sungai Johor, ada muzium dan kubu pertahanan. Kampung ni sebuah perkampungan kecil
promote kampung kelahiran sekali, mana tahukan cuti-cuti sekolah nak bawa anak jalan-jalan.
Bagi adress ye..Email Bal
harmonygallery@yahoo.com

April 9, 2009

Agar-Agar Hiasan

5hb itu hari Bal join kelas Agar-Agar Hiasan Kak Azie, Baru ari ni update, demam, ari ni lagila bertambah demam coz smlm ptg, pergi terima rawatan selanjutnya utk gigi Bal, x sangka prosesnya lbh kurang proses yg mula-mula. uwaaa. terasa sangat lelangit ni da tak tahan terima suntikan..tp ada lagi satu step kena buat..aduhai..hope cepatla Bal dpt melalui proses bridge ni.
Ok berbalik semula kelas Agar-agar ni..seronok sangat..terasa mudah nak membuatnya dgn tunjuk ajar Kak Azie. InsyaAllah di lain masa Bal nak belajar lagi Kelas Kak Azie yg lain-lain.





March 22, 2009

Donald Duck



Oleh kerana Bal just buat Kek di waktu kelapangan, tayangan kek kali ni,maaf la andai ada yg berkecil hati Bal x penuhi Permintaan, sejujurnya Mood Bal dlm persiapan Majlis Bal.Kek ni Request dr akak Bal sendiri, utk Firas,,Da berhari2 balik kerja je..tanya kek utk anaknya..dia kata, cakap je harga..masalahnya bukan soal harga..Tapi Bal x cukup tgn da.So Bal buat kan juga sebijik,.Oh ye ada yg tanya gambar Bal tekap/lukis..Bal lukis sendiri..nak tekap ada kala gambar terlalu kecil.

Coklat



Smlm, Bal p Belajar wat coklat ngan Chef Razak kat Ts Hotel..x la jauh dr rumah akak Bal,Jadi on sajalah, lbh2 lagi teringin nak kenal Chef Razak..Wah Sporting betul chef ni, actually banyak dpt bwk balik coklat,,bila semua rebut2 makan..kui..kui..Bal pun ambil gambar mana yg dapat.paling suka tengok Abg Long Bal makan..Jarang dia nak makan banyak apa yg Bal buat,dlm coklat tu filing lain2, ada fondant filing,marzipan,ganche melted,Coklat gianduja (err mcm salah Speeling) nanti balik check semula dan filing apa lagi yek..yang pasti Chef pun tak keberatan bagi beberapa extra resepi..Bal lak ambil kesempatan bertanya tentang fondant ...Thank U Very much Chef Razak...Begitu ramah dan mesra jawab pertanyaan, dan X lupa juga buat pembantu-pembantu chef yg lain.Tq Very Much.

Koleksi Acuan




Jika Bal berjalan2 di kedai baking atau yg jual pinggan mangkuk, Bal mesti cari acuan/cutter yg still x de dlm simpanan Bal,Bal memang suka cuci mata kat kedai2 mcm ni..jadi nak beli banyak2..manala nak letak..kemudian kena beli ikut keperluan.. bila sedikit demi sedikit beli..Wah mcm2 bentuk juga ada.kat atas tu Bal suka acuan yg warna biru..Dulu Bal nak beli banyak.. Tapi tak terfikir nak wat apa,jika ada pun agar2.