Pages

Untuk membuat tempahan sila Clik Aura Kasih, menerima tempahan Kek, biskut, tartlet, cupcake, chocholate dan etc. Sesuai untuk dijadikan hadiah, meraikan majlis perkahwinan, pertunangan, hari lahir, akikah, reunion, kenduri-kendara,Hari Ibu, Hari Bapa,Anniversary dan sesuai untuk menceriakan hari-hari anda...Raikan hari-hari anda dan lahirkan rasa kasih anda dengan memilih pilihan rasa di Aura Kasih.



Sunday, August 2, 2009

Roti dan Coklat


Wah..tengok gambar kat atas tu meriah, meriahnya..terasa rugi x bawa kemera, Apatah setiap kali ada Bal pergi menuntut Ilmu, kamera itu mesti ada. Kesal gak Bal pinjamkan kamera pada seseorg tapi janji nak pulangkan tak pulangkan tepat pada masanya..Gambar di atas ehsan dari guru yg mengajar Bal buat coklat dan roti..Shamin Bakery.
Kelas semalam di hadiri 4 org, Seronok sangat belajar ngan Kak Pah, tak jemu-jemu jawab pertanyaan dari Kami..he.he apatah lagi bila di terangkan sekali lambat beno faham..hahaha.Tapi Kak Pah tetap sabar melayan kerenah Kami, walaupun Kak Pah kurang sihat. Terima Kasih Kak Pah sudi meneruskan kelas ini. Em,,Belum abis cerita ni..Berkisar suasana kelas hand on ni, seronok melihat proses pembuatan roti,proses mengadun,teknik menguli hg licin, proses roti naik, di bakar dan sebagainya. Roti yang terhasil sedap dan menarik.
Untuk coklat,,sememangnya sedap coklat yg terhasil, Kak Pah turut mengajar packing coklat, meskipun nampak mudah letak coklat dlm papercup serta balut coklat pakai kertas timah, tp utk packing yg kemas bagi Bal mencabar jua. Sebelum mengakhiri entry hari ni,..eh mcm ucapan la pulak..hahha,abaikan gambar pembuat coklat yg cover nak gelak sakan.
Dan terima kasih sekali lagi utk Kak Pah Shamin Bakery..Ada Rezeki dan kelapangan, Insyallah Bal akan datang lagi utk agenda seterusnya.