May 24, 2010

Update Sempena Anniversary

Tajuk dengan entry macam tak ngam je ..heheh.
Entry kali ni..just nak memperkenalkan blog baru..Aura kasih (clik situ ya). Jika ada yang berminat nak buat tempahan  boleh rujuk di sana. Blog itu pun di update Adik Bal, nak tunggu ada line streamy em..bila agaknya, nak pakai broadband hati setia kat streamyx.
                                                   Aura Kasih
Terima Kasih buat suami tersayang (baker), keluarga dan buat teman-teman baking memberi sokongan dan dorongan, baru kini Bal berani mengambil tempahan secara telus, setelah ada perkembangan baik tahap kesihatan Bal.Alhamdulillah.
Ok..nanti jgn lupa jenguk ye..nak buat promotion sempena pembukaan blog baru belum berkesempatan, kerja-kerja di office agak banyak kebelakangan ini. Insyallah, jika berkesempatan Bal akan update.

February 22, 2010

Blog...

Em, sudah agak lama, Bal tak membuat sebarang update. Namun begitu tidak semestinya tidak berangan di dapur. Ada yg tercari-cari di mana gerangan Bal (if x de buat2 ada) hahahha. Beberapa hari ni, Bal mengodeh ( perkataan ini wujudkan) blog yg begitu sepi, gara-gara ghairah menukar templete dan sebagainya dari awal Bal menyedari blog ini tiada funtion untuk kembali, label dan etc, semuanya Bal kena edit di html, hampir bercadang untuk closed saja kerana agak buntu untuk mendapatkan layout asal, tapi terasa sayang, meskipun isinya tidak sepadat mana, Bal terasa seronok pula mengarang ayat ..(kes syok sendiri). Akhirnya apabila berjaya,,ya berjaya mengodeh Blog ini menjadi blog yg normal saya suka. Itu saja update kali ini, bertemu lagi di entry seterusnya..bila?? masih sabar menanti tiang telefon siang di pasang, meskipun tetanya-tanya mengapa wiyer2 itu..masih berjuntaian. 

September 16, 2009

Kad Raya

Tq Zanie....Selamat Hari Raya Buat Zanie Sekeluarga

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri,Setahun Hanya Sekali Merayakan Hari yang Mulia ini .
Jom berkemas Balik kampung..hikss..Berhati-hati di Jalan Raya dan memandu dengan berhemah menuju kampung halaman nun di sana, Sempena menyambut Aidilfitri Bal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua...Semuanyala... Dan Bal juga mohon maaf Jika ada silap dan Salah..

August 23, 2009

Bertemu Kembali

Bertemu Kembali Ramadhan Al-mubarak, Di kesempatan ini Bal ingin Mengucapkan Selamat Berpuasa Kepada kawan-kawan dan pengunjung yang sudi menjengah di sini. Bal juga memohon maaf andai ada terkasar bahasa berinteraksi dan andai ada tulisan Bal di sini menyinggung perasaan.
Selamat menjalani Ibadah puasa

August 10, 2009

Kelas Coklat Lagi.

rilex ok jgn telan coklat tu........

kelas 9/08/09
Emm, jika dilihat entry di halaman ini entry coklat dan coklat. Bal penggemar coklat kot..he.he, Actually Bal suka Nut yg disalut Coklat..Apa2 kekacang yg disalut, di campur dan sebagainya dengan Coklat..gerenti sekejap saja Bal habis kan..
Kali ini, Bal berguru ngan Leen Mohd, La Sentosa Blogspot, Terima kasih di atas Tunjuk ajar Kak Leen..Gambar di atas ehsan dari La sentosa blogspot.
Seperti biasa Bal rasa seronok ketika di dalam kelas, Bal dapat pengetahuan baru, Apatah kelas-kelas coklat yang Bal hadiri mengetengahkan teknik yg berbeza. Dan juga membuat kan Bal rasa rendah diri..semakin banyak belajar semakin banyak perkara baru dan tentunya banyak lagi perkara yang Bal tak tahu. Bal juga berpendapat skop dlm dunia masakan, baking tidak terhad,tidak menjemukan, serta lebih menarik jika ditambah kreativiti.
Okla sebelum Bal melalut Lebih panjang..Jom cuci mata lihat gambar Bal di atas..dan Sekali lagi Terima kasih buat La sentosa Blogspot yang sudi dan tidak Jemu memberi Bal tunjuk Ajar.

August 7, 2009

Detik Raja Sehari


Sempena Hari Lahir Hb, Bal upload gambar masa sanding untuk tatapan, ni pun Bal ambil dari Fs member Bal, kalu tunggu dari Kamera Bal, khuatir lak da basi,,Tak tahu la nak story apa,Gambar yg bwh sekali tu,,Org kuat tika majlis, tunggu pengantin lelaki sampai mengantuk da mak sedara ku. Em okla kita Cerita sikit, Hampir 7 tahun bercinta,dlm tempoh itu juga bertunang 2-1/2 tahun, Kami pun mengikat Ikatan yang Sah. Pada 24/05/09, dan bersanding pada 31/05/09. Macam mana boleh bercinta? entahla suka-sama suka kot. har.har..Yang Pasti Bal berterima Kasih pada Hb yg sabar terima segala kerenah diri ini, seperti pasangan lain, kami juga menghadapi dugaan untuk disatukan sebagai suami isteri. Alhamdulillah kuat jodoh kami dan berharap selepas ini kami berjaya mengharungi fasa kehidupan yg seterusnya..Doakan kan kami dapat timang cahaya mata dan Doakan Perkahwinan ini mendapat kebahagiaan dunia Akhirat.